KUALA LUMPUR:Bekas pesakit COVID-19 tidak akan terlindung sepenuhnya daripada mendapat semula jangkitan virus itu.
Justeru kata Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, langkah berjaga-jaga perlu diambil sama seperti mereka yang belum pernah dijangkiti COVID-19.
Beliau berkata, mereka yang disahkan pulih daripada jangkitan COVID-19 perlu mengambil langkah pencegahan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelak berlaku jangkitan semula.
"Apabila mereka telah discaj, mereka perlu memahami bahawa kemungkinan untuk dijangkiti itu masih ada. Tidaklah seperti mana jangkitan-jangkitan penyakit yang lain. Bila kita dijangkiti, sudah ada antibodi, kita terlindung daripada mendapat jangkitan semula.
"Data sedia ada menunjukkan mereka boleh dijangkiti. Untuk itu, walaupun mereka sudah disahkan pulih, namun tindakan pencegahan dan kepatuhan sama sahaja seperti mereka yang masih belum dijangkiti," katanya kepada Astro AWANI melalui Skype pada Khamis.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Sementara itu, Dr Malina turut memberi beberapa saranan kepada bekas pesakit COVID-19 untuk meningkatkan tahap antibodi dalam badan.
"Ada beberapa pemakanan dan suplimen yang boleh diambil seperti contoh vitamin C, Vitamin D dan juga kalau nak ambil tablet pun boleh sebab vitamin-vitamin sedemikian boleh meningkatkan tahap antibodi kita.
"Selain itu, disaran mendapatkan rehat yang cukup dan tidak terlalu stres apabila menghadapi keadaan yang membantu meningkatkan sistem imuniti," ujarnya lagi.
BACA: COVID-19: Bekas pesakit boleh dijangkiti semula jika antibodi merosot
Pada Rabu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bekas pesakit COVID-19 yang paras antibodi neutralisasi dalam darah rendah mempunyai kebarangkalian untuk dijangkiti virus itu semula.
Penyelidikan awal yang dibuat terhadap kluster di Sungai Lui mendapati kebanyakan individu yang pernah dijangkiti mengalami kemerosotan antibodi selepas lapan minggu.
Astro Awani
Thu Oct 15 2020

Dr Malina berkata, mereka yang disahkan pulih daripada jangkitan COVID-19 perlu mengambil langkah pencegahan. - Gambar fail

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Bebas COVID-19 tidak semestinya terlindung sepenuhnya - Pakar
Bekas pesakit COVID-19 tidak akan terlindung sepenuhnya daripada mendapat semula jangkitan virus itu.

Bekas pesakit COVID-19 kongsi pengalaman kepada masyarakat
Namun ketika dunia dilanda panik serta keresahan, kisah bekas pesakit Covid-19 ini mungkin boleh membuka mata kita semua terutamanya rakyat Malaysia yang menghadapi kisah yang sama.