KUALA LUMPUR: Peningkatan jumlah sampel ujian COVID-19 di Sabah menjadi punca berlakunya peningkatan kes yang didaftar lewat (backlog).
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Rose Nani Mudin, pengesanan kes bergejala di negeri itu juga meningkat seterusnya menambahkan beban ujian di makmal.
‘’Pengesanan kes juga meningkat terutama kes-kes bergejala jadi anggota di lapangan menjalankan saringan untuk semua kes yang bergejala.
‘’Ini yang meningkatkan beban ujian di makmal yang berlaku pada masa ini jadi apabila berlaku beban ujian, ini juga punca kepada berlakunya kes backlog di Sabah,’’ katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Untuk itu ujarnya, Jabatan Kesihatan Sabah telah melakukan beberapa penambahbaikan dalam usaha meningkatkan penggunaan khidmat luar (outsourcing) bagi menjalankan ujian saringan.
Selain itu, pihaknya juga meningkatkan jumlah anggota untuk menjalankan sampel ujian.
BACA: COVID-19: 3,376 kes positif di Sabah, 63 peratus kes 'backlog'
‘’Kami meningkatkan penggunaan sumber luar di mana pada awal bulan Ogos kita telah minta bantuan dari klinik-klinik swasta dan perkhidmatan klinik swasta untuk membuat ujian terhadap kes-kes yang telah dikesan.
‘’Di samping itu, kita juga meningkatkan bilangan anggota untuk melakukan ujian ini maksudnya bukan saja meningkatkan jumlah anggota yang melakukan ujian di makmal tetapi kita juga memanjangkan waktu tempoh mereka bertugas,’’ tambahnya.
Tambah Dr Rose Nani, pasukannya kini meningkatkan keupayaan bagi meningkatkan keupayaan melakukan sekurang-kurangnya dua ribu sampel ujian saringan dalam masa sehari.
‘’Kita juga meningkatkan keupayaan ujian maksudnya ada mesin yang telah kita baiki dan boleh berupaya untuk membuat ujian sehingga dua ribu sehari,’’ ujarnya.
Antara lain, Dr Rose Nani berkata walaupun keputusan bagi ujian saringan lewat, pihaknya tetap mengamalkan tindakan pencegahan dan kawalan tetap dilaksanakan.
‘’Mana-mana yang tidak bersimptom tetapi merupakan kontak rapat, mereka masih dikuarantin selama 10 hari di rumah dan bagi yang bersimptom, disahkan positif dan memiliki simptom yang ringan masih juga dikuarantin di rumah.
‘’Namun mereka akan dipantau setiap hari dan kita ada call center yang akan telefon mereka untuk melihat perkembangan semasa.
‘’Manakala bagi kategori yang positif dan mempunyai simptom yang lebih teruk iaitu kategori tiga dan lima mereka akan dimasukkan ke hospital,’’ tambahnya lagi.
Syafik Shukri Jalil
Tue Aug 24 2021

Dr Rose Nani berkata walaupun keputusan bagi ujian saringan lewat, pihaknya tetap mengamalkan tindakan pencegahan dan kawalan tetap dilaksanakan.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

COVID-19: 31 kes positif di Sabah libatkan kanak-kanak bawah satu tahun
31 kes positif COVID-19 daripada jumlah keseluruhan 3,487 yang dilaporkan di Sabah pada Khamis melibatkan kanak-kanak berusia kurang daripada satu tahun.

COVID-19: 3,224 kes di Sabah, Kota Kinabalu kekal penyumbang tertinggi
Kota Kinabalu kekal menyumbang angka kes positif COVID-19 tertinggi di Sabah 630 kes menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,224 secara keseluruhan hari ini.

Bebanan sampel ujian, punca peningkatan kes 'backlog' di Sabah - Pengarah JKNS
Peningkatan jumlah sampel ujian COVID-19 di Sabah menjadi punca berlakunya peningkatan kes yang didaftar lewat (backlog).

COVID-19: 3,376 kes positif di Sabah, 63 peratus kes 'backlog'
2,130 kes positif COVID-19 atau 63 peratus daripada 3,376 kes keseluruhan yang dilaporkan di Sabah pada Selasa merupakan kes daftar lewat (backlog).

COVID-19: Kes 'backlog' punca peningkatan kes positif di Sabah
Sabah terus konsisten melaporkan pertambahan kes positif empat angka dengan 2,583 kes positif COVID-19 pada Khamis.