KUALA LUMPUR:Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menggesa kerajaan agar mempertimbang insentif tambahan kepada golongan majikan dan pekerja.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti, pihaknya menjangkakan PKP Bersyarat (PKPB) akan dikuatkuasakan.
Ujarnya, arahan mengehadkan jumlah pekerja di pejabat dijangka dilanjutkan sekali gus memaksa majikan meneruskan konsep bekerja dari rumah (BDR).
"Sebenarnya, keperluan bekerja dari rumah itu kebanyakannya bergantung kepada peralatan yang disediakan sendiri oleh pekerja dan ia tidak disediakan oleh majikan.
"Saya harap pihak kerajaan dapat memberikan insentif iaitu majikan-majikan yang menyediakan peralatan dan juga perkhidmatan internet di rumah pekerja diberi insentif-insentif percukaian tertentu supaya ia dapat meringankan sedikit beban-beban yang ditanggung pekerja yang terpaksa bekerja dari rumah.
"MEF juga harap kerajaan dapat mempertimbang penyediaan insentif supaya pekerja dapat menyediakan satu ruang kerja khusus di rumah, supaya pekerja dapat menjaga kesihatan mereka apabila bekerja di rumah," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam yang menyatakan 13 daripada 14 kluster COVID-19 baharu yang dikesan pada Jumaat adalah melibatkan jangkitan di tempat kerja.
Mengulas lanjut, Shamsuddin berkata pihaknya telah menyuarakan cadangan insentif berkenaan kepada kerajaan melalui Kementerian Kewangan, namun belum ada perbincangan lanjut dilakukan.
"Kita belum berbincang secara langsung dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) buat masa ini.
"Dalam masa terdekat saya kira MEF boleh bincang perkara berkenaan seterusnya dengan pihak MTUC supaya kita dapat bersama-sama menjayakan program bekerja dari rumah yang menjadi salah satu norma baharu yang timbul dari COVID-19 ini," katanya.
Sebelum ini, kaji selidik oleh firma penyelidikan pengguna dalam talian Vase.ai mendapati 77 peratus daripada 1,100 responden mengakui menghadapi kesukaran untuk bekerja dari rumah.
35 peratus pula memberitahu sambungan internet tidak stabil antara cabaran yang dihadapi ketika bekerja dari rumah.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Feb 13 2021

Arahan mengehadkan jumlah pekerja di pejabat dijangka akan dilanjutkan sekaligus memaksa majikan meneruskan konsep bekerja dari rumah (BDR). - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.

COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.

Socar bersedia untuk pertumbuhan akan datang pada 2023, disokong oleh permintaan tinggi tahun lepas
Socar, aplikasi sewa kereta terkemuka di Malaysia, yakin dengan prospek pertumbuhannya tahun ini disokong oleh jumlah penyewaan yang tinggi yang dicapai sepanjang 2022.

Empat kali diserang strok, Azman Warren bangkit jadikan nyanyian sebagai terapi jiwa
Penyanyi yang terkenal menerusi album Karma ini menyifatkan peluang kedua yang diberikan Allah SWT untuk meneruskan hidup tidak akan disia-siakannya.

Jaga penampilan, lelaki usah nampak selekeh
Harus diakui golongan lelaki di Malaysia semakin menerima, memahami dan bersikap lebih terbuka terhadap fesyen.

Hari Tanpa Kenderaan julung kali dianjur di Taiping
Program dianjur dengan hasrat mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya selain mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemarkan alam sekitar.

SPM 2021 dalam norma baharu di seluruh negara berjalan lancar
Turut dibenarkan menduduki SPM 2021 pada sidang kedua nanti adalah calon-calon yang disahkan positif COVID-19.

COVID-19: Pakar syor PKP sementara secara berstrata menurut kumpulan berisiko
Kerajaan disyorkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sementara bagi mengekang ledakan jangkitan COVID-19.

PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.

Malaysia pertimbang buka sektor pelancongan antarabangsa - PM
Jelas Ismail Sabri, sesetengah negara lain juga didapati telahpun mengurangkan SOP yang dikenakan sebelum ini bagi membolehkan pelancong memasuki negara mereka.