AMPANG JAYA: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia dipercayai didera ibu dan bapa kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Klang Gate, Ampang Jaya, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bayi tersebut dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tunku Azizah di sini, kira-kira jam 5.30 petang, Sabtu lalu dalam keadaan tidak sedarkan diri, dikatakan muntah dan mengalami sawan.
Beliau berkata, pemeriksaan susulan yang dijalankan, pengawai perubatan mendapati terdapat kesan lebam di paha dan kening kanan mangsa, dipercayai akibat penderaan.
Katanya, bayi terbabit bagaimanapun meninggal dunia dua hari selepas dimasukkan ke hospital.
"Susulan itu, polis menahan ibu mangsa yang berusia 34 tahun kira-kira jam 8.40 malam, Isnin di lobi utama tingkat dua, wad Wanita dan Kanak-kanak hospital tersebut.
"Ketika disoal siasat, suspek tidak mengaku membunuh bayi berkenaan, sebaliknya memaklumkan mangsa mengalami kecederaan selepas terjatuh dari katil ketika di bawah jagaannya beberapa hari sebelum dibawa ke hospital," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Wanita itu kini ditahan reman tujuh hari bermula Selasa.
Mohamad Farouk menambah, pemeriksaan ke atas wanita tempatan yang bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai elektrik di ibu negara itu, mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan juga bebas penggunaan dadah.
Beliau memberitahu, polis juga sedang mengesan suami wanita itu, berusia 31 tahun yang merupakan seorang warga Indonesia.
Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya di talian 03-42897222 atau mana-mana balai berhampiran.
Umavathi Ramayah
Tue Aug 30 2022
Pengawai perubatan mendapati terdapat kesan lebam di paha dan kening kanan mangsa, dipercayai akibat penderaan. - Gambar hiasan
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Bayi enam bulan mati dipercayai didera ibu bapa kandung
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia dipercayai didera ibu dan bapa kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Klang Gate, Ampang Jaya, pada Isnin.