KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia 17 bulan cedera di bahagian muka dipercayai akibat didera pengasuh di sebuah pusat asuhan di Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada ayah bayi itu yang berusia 26 tahun, pada 7.36 malam.
Beliau berkata pengadu yang bekerja sebagai pemandu e-hailing memaklumkan, semasa hendak mengambil anaknya di pusat asuhan itu, seorang guru atau pengasuh mendakwa anaknya telah diperlakukan dengan kasar oleh seorang guru lain ketika disuap makan sambil ditarik rambut serta dipicit hidungnya sehingga mengakibatkan hidung bayi itu mengalami kecederaan.
"Oleh sebab tidak berpuas hati dengan layanan dan perbuatan guru berkenaan, pengadu telah memberhentikan anaknya daripada dihantar ke pusat asuhan itu.
"Hasil pemeriksaan dan rawatan yang dibuat terhadap anak pengadu (mangsa) di sebuah hospital, pegawai perubatan mengesahkan anak pengadu mengalami soft tissue injury. Sehubungan dengan itu, pengasuh terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan lanjut juga mendapati pusat asuhan berkenaan telah beroperasi hampir tiga bulan tetapi dipercayai masih belum mempunyai lesen pengoperasian yang sah.
Mohd Zaid berkata ketika ini, terdapat sembilan kanak-kanak di pusat asuhan itu dan tiga penjaga atau pengasuh merangkap guru di situ.
Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
"Siasatan lanjut masih dijalankan sebelum kertas siasatan dilengkapkan untuk dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan nasihat lanjut," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Insp Muaz Mazlan melalui talian 017-9788804 daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024

Seorang bayi perempuan berusia 17 bulan cedera di bahagian muka dipercayai akibat didera pengasuh di sebuah pusat asuhan di Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada Sabtu lepas. - Foto hiasan

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Bayi perempuan 15 bulan maut tercampak ke dalam tali air
Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan maut selepas tercampak ke dalam tali air dalam kejadian di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah di Bachok, semalam.

Isteri MK K-Clique selamat lahirkan cahaya mata perempuan
Berita gembira itu itu dikongsikan oleh MK di Instagram miliknya yang turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuannya itu.

Bayi cedera di muka disyaki didera pengasuh
Seorang bayi perempuan berusia 17 bulan cedera di bahagian muka dipercayai akibat didera pengasuh di sebuah pusat asuhan di Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada Sabtu lepas.

JKM kesan waris bayi ditinggalkan dalam kotak
Bayi berusia tidak sampai sebulan itu telah menerima rawatan selengkapnya dan kini berada dalam sihat di bawah jagaan JKM.

Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.

Wanita bersama bayi perempuan maut nahas kereta, lori tangki
Mangsa yang cedera dibawa ke hospital menaiki ambulans bagi menerima rawatan lanjut.

Bayi cukup sifat ditinggalkan di tangga pangsapuri
Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan di atas anak tangga di tingkat sembilan sebuah pangsapuri di Taman Daya, pada 11 Mac lepas.

Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’
Pasangan suami isteri berkongsikan kegembiraan mereka apabila menyambut puteri sulung mereka pada 9 Januari lepas, yang diberi nama Azizah Yumna Azzahra Hasri.

Disyaki buang bayi di Selama, dua remaja ditahan polis
Dua remaja, masing-masing lelaki berusia 17 tahun dan perempuan berusia 14 tahun, ditahan polis kerana disyaki membuang bayi.

JKM kesan ibu kandung bayi perempuan
Menurut JKM, bayi itu ditinggalkan ibunya, Wan Azlina Wan Mohamad ketika mendapatkan rawatan di HUSM.