KUALA LUMPUR: Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuat secara berperingkat mulai Jumaat ini kepada 8.4 juta penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata bantuan itu akan memanfaatkan 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang.
Bayaran akan dikreditkan terus kepada akaun bank penerima antara 7 hingga 12 Mei, sementara bayaran bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Mei.
Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai Jumaat ini melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.
"Peningkatan peruntukan adalah berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima. Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tengku Zafrul berkata mereka yang telah ditolak permohonannya berpeluang mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) mulai 15 hingga 30 Jun.
BPR fasa satu berjumlah RM1.93 bilion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Feb sehingga 1 April.
Setakat Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung kerajaan merangkumi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dan BPR fasa satu dan dua yang telah dan akan disalurkan bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion.
Menurutnya kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
Jadual nilai pembayaran BPR fasa dua mengikut kategori kelayakan dan maklumat lanjut boleh dirujuk di portal rasmi BPR, https://bpr.hasil.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 04 2021

Tengku Zafrul berkata, berkata bantuan itu akan memanfaatkan 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Johor minta bantuan BBKA, BPR untuk mangsa banjir diteruskan selagi RTB belum selesai
Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri telah dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengenai bantuan BBKA dan BPR tidak lagi diteruskan.

Dapatkan khidmat saringan kesihatan percuma menerusi skim PeKa B40 - Khairy
Khairy memaklumkan tiada pendaftaran diperlukan sebaliknya individu berkenaan boleh melayari laman sesawang PeKa B40 bagi menyemak kelayakan dan lokasi klinik yang berdaftar.

Pembayaran BPR Fasa 3 dan rayuan BPR dibayar mulai hari ini
Pembayaran secara berperingkat itu dijangka selesai pada 30 September ini.

Pembayaran BPR Fasa 3 dan rayuan BPR bermula 28 September
Pembayaran tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM2.82 bilion.

PM umum Pakej PEMULIH 5 petang ini
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada petang ini.

Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat dibuka mulai 15 Jun - Tengku Zafrul
Pemohon boleh mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

MBSB lulus lebih 76,000 permohonan bantuan kewangan
MBSB meluluskan sebanyak 76,139 permohonan bantuan kewangan termasuk penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan untuk PKS di seluruh negara dengan baki kasar sebanyak RM9.13 bilion setakat 31 Mei.

Pemerkasa PLUS: Perluas moratorium termasuk kepada M40 - Pakar ekonomi
Ini kerana sekatan penuh yang dilaksanakan kerajaan ketika ini adalah bersifat menyeluruh.

PKP 3.0: Peruntukan pakej rangsangan ekonomi mencukupi - Tengku Zafrul
Sebanyak RM17 bilion lagi akan dibelanjakan dalam masa terdekat.

Pengumpulan data, pemeriksaan maklumat pastikan BPR Fasa 2 sampai ke golongan sasar - Tengku Zafrul
Bagi Fasa 2, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.75 bilion yang akan memanfaatkan 8.4 juta penerima.