Bau busuk yang secara tiba-tiba melanda kawasan sekitar Batu 4, Mantin awal pagi tadi akhirnya terjawab selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Seremban menemui tumpahan minyak dipercayai bahan kimia di dalam anak sungai, di situ.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohammad Idris berkata selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam pada pukul 5 pagi tadi, sepasukan enam anggota telah dikerahkan dan tiba ke lokasi kejadian setengah jam kemudian.
"Ketika tiba di lokasi berkenaan, didapati terdapat tompokan minyak dan beberapa ekor ikan mati di dalam sungai tersebut. Selain itu, bacaan nilai PH air yang dilakukan di sungai berkenaan mendapati ia berada pada paras 5.8," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Susulan penemuan tompokan yang dipercayai bahan kimia itu, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 turut digerakkan, membabitkan 10 anggota.
"Mereka telah dikerahkan ke lokasi bagi mengambil sampel bahan berkenaan untuk dibawa ke makmal Jabatan Alam Sekitar untuk dianalisis," katanya.
Sementara itu, kerja-kerja pembersihan bahan kimia berkenaan kini sedang giat dijalankan bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dan Mohammad berkata punca kejadian masih dalam siasatan.
Pemangku Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan Sharifah Zakiah Syed Sahab ketika ditemui di lokasi kejadian berkata sampel bahan tersebut telah diambil untuk dianalisis.
"Siasatan awal mendapati bahan tersebut adalah sisa daripada buangan terjadual. Dalam pada itu, agensi lain serta pihak berkuasa negeri telah dimaklumkan untuk masing-masing turut mengambil tindakan bagi mengelakkan buangan ini mengalir masuk ke loji rawatan air.
"Keadaan kawasan sekitar Batu 4, Jalan Mantin-Seremban setakat ini terkawal memandangkan bau dan ujian nilai pH air sungai berkenaan sudah mulai normal...cuma langkah awal perlu diambil bagi menghalang buangan tersebut daripada masuk ke aliran Sungai Linggi yang terdapat loji rawatan air," katanya.
Beliau dalam pada itu, menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran sungai tersebut supaya tidak menghampiri atau membawa ternakan ke kawasan tersebut buat masa ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan dengan segera.
"Saya juga meminta orang ramai yang ternampak lori tangki atau lori yang membawa tong drum yang mencurigakan masuk ke kawasan yang tidak sepatutnya seperti tebing sungai, tasik dan kawasan terpencil supaya menghubungi pejabat JAS yang berhampiran.
"Di samping itu, ambil maklumat yang penting seperti nombor pendaftaran lori, jenis lori dan sebagainya. Kalau boleh ambil juga gambar untuk mendapatkan butiran pada badan lori seperti nama syarikat dan juga nombor pendaftaran lori," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 25 2019
Susulan penemuan tompokan yang dipercayai bahan kimia itu, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 turut digerakkan. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.
Tujuh individu sesat ketika daki Bukit Maras
Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan
Kesemua 'hotspot' berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.
Tebing sungai runtuh, projek loji rawatan air tenggelam 19 meter
JBPM Selangor mengarahkan kerja-kerja pembinaan Projek Loji Rawatan Air berhampiran Taman Mas Puchong, dihentikan serta-merta susulan runtuhan tebing sungai, pada petang Sabtu.
Tanah jerlus Masjid India: ‘Takut bila ingat kejadian semalam’ - Peniaga
Pemilik kedai berhadapan lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Al Amin Abdul Kassim memaklumkan bimbang dengan keselamatan.
25 individu terperangkap akibat kejadian kepala air
Seramai 25 individu terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Gombak, tengah hari Ahad.
Tiga kilang perabot di Sungai Buloh hangus terbakar
Tiga buah kilang perabot musnah dalam kebakaran berhampiran Kampung Baru Sungai Buloh, pada Ahad.
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.
JBPM beri keutamaan naik taraf, selenggara BBP lama
JBPM akan memberi keutamaan menaik taraf serta menyelenggara kemudahan balai bomba dan penyelamat yang lama menerusi bajet inisiatif diterima.
JBPM sasar periksa 17,000 bangunan tahun ini - Nga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk memeriksa sejumlah 17,000 bangunan daripada pelbagai kumpulan maksud kegunaan, pada tahun ini.