KUALA LUMPUR:Jika dilihat dari luar, deretan kedai di Prima Setapak di sini kelihatan bersih seperti kebanyakan kedai biasa, namun keadaan berbeza dapat dilihat di lorong belakang premis tersebut yang berbau busuk, kotor dan meloyakan.
Bau itu dipercayai berpunca daripada kotoran yang terdapat di struktur tambahan di belakang kebanyakan premis itu, selain tindakan pemilik meletakkan perkakas seperti sinki di atas longkang sehingga menutup saluran air di situ.
Situasi itu sekali gus mengakibatkan longkang tersumbat dan keadaan permukaan jalan yang lembap dengan bau kurang menyenangkan.
Pemilik restoran, Susie Kang, berkata perbuatan tidak bertanggungjawab kebanyakan pengusaha premis membuang sisa makanan dalam longkang menyebabkan ia tersumbat dan memudahkan banjir kilat berlaku setiap kali hujan lebat.
"Air akan masuk ke dalam kedai apabila banjir kilat berlaku sehingga merosakkan jubin lantai," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Kang berkata struktur tambahan dibina di lorong belakang yang sudah sedia sempit juga menyebabkan lori tidak dapat masuk dan menghalang kerja pembersihan oleh syarikat pengurusan alam sekitar Alam Flora dalam menjalankan kerja pengurusan sisa dan bahan buangan.
Pemilik restoran, R. Raj Kumar, 50, pula berkata situasi itu juga mengganggu keselesaan pelanggan terutama ketika berlaku banjir kilat.
"Takungan air banjir kilat (paras buku lali) di atas jalan akan membuatkan air terpercik ke dalam kedai sehingga terkena pada pelanggan apabila kenderaan lalu di jalan itu," katanya.
Sementara itu Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Dr Tan Yee Kew yang turut melakukan tinjauan di kawasan berkenaan berkata beliau memandang serius perkara itu dan telah berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan masalah itu pada kadar segera.
"Pihak DBKL memaklumkan akan memberi notis kepada pemilik premis untuk mengambil tindakan merobohkan sendiri struktur tambahan itu dan tidak meletakkan objek yang menutup dan menghalang saluran longkang dalam tempoh 14 hari, bermula hari ini," katanya.
Tan berkata kerja pembersihan oleh Alam Flora juga akan dilakukan bagi mengatasi situasi itu secepat mungkin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 04 2020

Struktur tambahan dibina di lorong belakang yang sudah sedia sempit, menyebabkan lori tidak dapat masuk dan menghalang kerja pembersihan oleh Alam Flora. - Foto Twitter BERNAMA

Empat penerbangan Malaysia Airlines ke London terjejas disebabkan penutupan Lapangan Terbang Heathrow
Empat penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke London terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Heathrow London, United Kingdom.
Malaysia negara untuk bersara ketujuh terbaik di dunia
Majalah International Living menyenaraikan Malaysia sebagai negara ketujuh terbaik di dunia untuk persaraaan.
Malaysia negara untuk bersara ketujuh terbaik di dunia
Majalah International Living menyenaraikan Malaysia sebagai negara ketujuh terbaik di dunia untuk persaraaan.
ASEAN 2025 | 21 Jan
ASEAN 2025 harini bersama Dzulfitri Yusop membawa tumpuan berikut:
1. Malaysia wujudkan ekosistem mobiliti seragam
2. Industri Koko Indonesia terjejas akibat perubahan iklim
3. Kemasukan tanpa visa Thailand dipendekkan kepada 30 hari
1. Malaysia wujudkan ekosistem mobiliti seragam
2. Industri Koko Indonesia terjejas akibat perubahan iklim
3. Kemasukan tanpa visa Thailand dipendekkan kepada 30 hari

'Bukan seorang, tapi dua anak saya dipanggil 'pulang''
Menurut Salina, anak ketiga dan keempat daripada lapan beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

RM50.61 juta untuk bantu mangsa banjir di Johor - Ahmad Zahid
Kerajaan Persekutuan melalui Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan dana bernilai RM50.61 juta bagi membantu mangsa banjir di Johor.
Gunung Lewotobi muntahkan lahar
Gunung Lewotobi di Indonesia meletus pada lewat malam Khamis sehingga pagi Jumaat.

Pemetaan sempadan Putrajaya-Selangor hampir selesai - Dr Zaliha
Proses persempadanan antara Putrajaya dan Selangor kini hampir selesai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Kemboja terima pakai prinsip Satu China
Raja Kemboja menekankan pendirian negara itu untuk menerima pakai prinsip Satu China, susulan lawatan ke China.
Kemasukan tanpa visa Thailand bakal dipendekkan kepada 30 hari
Tempoh kemasukan ke Thailand tanpa visa akan dipendekkan daripada 60 kepada 30 hari bagi mengekang kegiatan warga asing yang menjalankan perniagaan haram.
Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Sorawong Thienthong, menyatakan keputusan ini dibuat selepas menerima banyak aduan mengenai peningkatan aktiviti perniagaan haram.
Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Sorawong Thienthong, menyatakan keputusan ini dibuat selepas menerima banyak aduan mengenai peningkatan aktiviti perniagaan haram.

Bau busuk cemar lorong belakang kedai Prima Setapak
Situasi itu sekali gus mengakibatkan longkang tersumbat dan keadaan permukaan jalan yang lembap dengan bau kurang menyenangkan.