SANDAKAN: Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan mencadangkan agar status zon industri di kawasan Batu Sapi di sini ditukar, dan ia dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong.
Ahli Parlimen Batu Sapi itu berkata selaras dengan kedudukannya di pesisir pantai, kawasan itu dilihat lebih sesuai dijadikan sebagai kawasan tarikan pelancongan atau dimajukan dengan industri berkaitan hasil laut.
Beliau berkata pembangunan pesat kilang-kilang di kawasan itu bukan sahaja akan memberi kesan kepada penduduk berhampiran, malah pencemaran dari kilang-kilang itu juga jika tidak dikawal boleh menjejaskan ekosistem pesisir pantai.
"Saya harap Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan kaji perkara ini dengan mendalam," katanya semasa merasmikan program sukarelawan pelancongan di Taman Warisan, sebuah kawasan tarikan pelancong di Batu Sapi di sini pada Ahad.
Sementara itu Khairul Firdaus berkata beliau gembira dengan kemajuan dicapai MPS dalam usaha membangunkan sektor pelancongan di kawasan itu, dan MPS turut merangka satu Rangka Tindakan Pelancongan Batu Sapi yang diserahkan oleh Presiden MPS Henry Idol kepadanya hari ini.
"Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah mewujudkan kerjasama strategik dengan MPS dan pejabat Parlimen Batu Sapi, bagi memastikan Taman Warisan Batu Sapi ini sentiasa menjadi kawasan tarikan pelancong yang hebat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2023

Khairul Firdaus mencadangkan agar status zon industri di kawasan Batu Sapi ditukar, dan ia dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong. - Foto fail/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Batu Sapi dicadang untuk dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong - Khairul Firdaus
Status zon industri di kawasan Batu Sapi dicadang ditukar, dan dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancongan.

Lebih 90 rumah di perkampungan atas air Sandakan musnah terbakar
Dianggarkan lebih 400 mangsa terlibat dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu.
![[TIDAK RASMI] PRU15: GRS mendahului tiga kerusi [TIDAK RASMI] PRU15: GRS mendahului tiga kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668865171_GRS.jpg)
[TIDAK RASMI] PRU15: GRS mendahului tiga kerusi
Gabungan Rakyat Sabah dilapor mendahului dua kerusi masing-masing di Parlimen Keningau, Papar dan Batu Sapi.

Kampung Sundang Laut terbakar, 150 penduduk hilang tempat tinggal
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, sebanyak 30 buah rumah penduduk Kampung Sundang Laut, Batu Sapi, Sandakan hangus dijilat api.

Dewan Rakyat: Kerajaan pertimbang isytihar darurat di DUN Bugaya, Parlimen Gerik
Takiyuddin berkata, pertimbangan itu bagaimanapun mengambil kira penilaian risiko oleh KKM dan MKN.

Persediaan PRK Batu Sapi dihentikan, SPR akan tetap tarikh baharu
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebarang proses dan prosiding yang telah bermula bagi perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen itu tidak akan diteruskan.

Perisytiharan darurat pilihan terbaik untuk rakyat - Dr Shamrahayu
Sekiranya pandemik ini membimbangkan dan mendatangkan kemudaratan kepada rakyat, maka itu adalah pilihan terbaik untuk kita.

Agong isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah - Istana Negara
Al Sultan Abdullah bertitah, amatlah wajar PRK Batu Sapi dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara. .

PRK Batu Sapi: Pengundi harapkan langkah 'menang tanpa bertanding'
Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Batu Sapi pasti menjadi percaturan hebat dikalangan ahli politik yang sememangnya menginginkan kerusi berkenaan.

'Laporan u-turn, mesyuarat 4 jam tidak benar' - Annuar sokong gencatan politik Zahid
Mengadakan pilihan raya juga bukanlah tindakan yang mampu menyelamatkan rakyat, malah ia hanya memporak-perandakan keadaan.