Perkhidmatan Uber yang kian popular dikalangan pengguna ibu kota perlu dibatalkan oleh kerana tidak mempunyai lesen yang ditetapkan pihak kerajaan Malaysia, menurut Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor (Perpekli).
Presidennya Datuk Aslah Abdullah memberi komen beliau susulan tindakan pihak berkuasa untuk memburu pemilik kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan Uber.
Kata beliau, jika berlaku apa-apa, para penumpang tidak dilindungi oleh insurans.
“Elok perkhidmatan Uber dibatalkan sahaja. Mereka tidak mempunyai lesen. Kalau berlaku kemalangan nanti susah. Kita tidak tahu tentang liabiliti penumpang,” kata Aslah ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambahnya, Uber hanyalah sebuah aplikasi yang memberi perkhidmatan dan menggunakan kereta persendirian yang mungkin tidak mempunyai permit untuk beroperasi sebagai pengangkutan awam dan pemandunya tidak mempunyai lesen memandu (Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).
“Ada lagi kaedah lain seperti aplikasi MyTeksi dimana orang ramai boleh memesan teksi. Ia juga menggunakan teksi biasa yang berlesen,” kata Aslah.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pemandu Teksi Kepong Gor Bachan Singh mempunyai pendapat yang berbeza.
“Agak susah kalau kita mahu perkhidmatan itu diberhentikan. Lagipun, kalau kita cuba untuk memberhentikan Uber, nanti ada cara lain untuk mereka beroperasi semula.
“Namun saya nak tahu siapa disebalik syarikat ini. Bagaimana ia dapat beroperasi pada mulanya,” kata beliau.
Gor Bachan turut berkata persatuan beliau ada bertemu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan mengemukakan cadangan menubuhkan gred lesen public hire vehicle (sewa kereta kenderaan awam).
“Ia masih dalam proses cadangan namun mungkin itu adalah antara cara penyelesaian terbaik,” tambah beliau.
Mulai 1 Oktober, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), SPAD dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan operasi memburu pemilik kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan Uber.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata penggunaan kenderaan persendirian untuk mengambil penumpang adalah melanggar Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, yang boleh didenda tidak melebihi RM10,000, penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Ia juga bercanggah dengan Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana tidak memiliki lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam, yang pelakunya boleh didenda tidak melebihi RM10,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
"Ini bagaikan teksi sapu. Kita banyak terima aduan daripada pengusaha teksi kerana ia telah mengancam industri teksi di negara ini. Perkara ini perlu dibendung agar pengusaha teksi tidak terjejas," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Uber merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan menerusi aplikasi telefon pintar.
Ditubuhkan pada 2009, ia menawarkan perkhidmatan di lebih 200 bandaraya di serata dunia.
Perkhidmatan ini mula memasuki pasaran Asia pada Februari pada tahun lepas di Singapura dan seterusnya di Kuala Lumpur pada Oktober tahun lepas secara atas talian melalui laman sesawang https: //www.uber.com/cities/kuala-lumpur.
Syafique Shuib
Tue Sep 23 2014
Uber memasuki pasaran Kuala Lumpur pada Oktober tahun lepas secara dalam talian. Perkhidmatan ini dikritik oleh persatuan teksi kerana Uber tidak mempunyai permit untuk beroperasi sebagai pengangkutan awam.
Mangsa banjir meningkat di Kedah dan Pulau Pinang, PPS baharu dibuka di Perlis
Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan lapan sungai di Kedah melebihi paras bahaya.
Kes Zayn Rayyan: Nama kekal dalam kertas pertuduhan
Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh berkata, pendakwaan tidak akan meminda nama Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.
4 cedera dalam kebakaran loji penapisan minyak di Greece
Kebakaran berjaya dikawal, namun anggota bomba akan terus bertugas sepanjang malam bagi memadam sisa kebakaran dan mengelakkan risiko kejadian berulang.
Pakar pendidikan senaraikan tiga sebab Pentaksiran Bilik Darjah tidak berkesan di Malaysia
Pelaksanaan PBD dan PBS ketika ini dilihat kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai pihak mahu UPSR dan PT3 dikembalikan segera.
Perlis, destinasi pilihan lapan negara hidupkan budaya, warisan rantau Asia
Negeri Indera Kayangan itu mencipta lembaran pertukaran ilmu pelbagai negara untuk 'memberi nafas' terhadap budaya dan warisan di rantau Asia.
Kelantan rancang pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke lokasi lain - Exco
Kelantan rancang pindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan.
Spotlight on ASEAN business: Charting new frontiers
Minister of Investment, Trade and Industry
Mpox: Rakyat Kelantan pulang dari negara berisiko diminta maklum JKNK
Rakyat Kelantan yang pulang dari negara berisiko termasuk Afrika seperti Republik Demokratik Congo diminta memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Levi’s Buka Semula Kedai Terbesar di Suria KLCC, Malaysia
Levi’s telah membuka semula kedai flagship terbesar di Asia Tenggara di Suria KLCC, seluas 393 meter persegi, dengan konsep NextGen Indigo dan pengalaman membeli-belah moden. Kedai ini menawarkan pelbagai koleksi unik serta opsyen personalisasi berinspirasi Malaysia.
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Batalkan sahaja perkhidmatan Uber - Persatuan Teksi
Sebuah persatuan teksi mahu perkhidmatan Uber dibatalkan kerana tidak mempunyai lesen dan permit yang dikeluarkan pihak kerajaan Malaysia.