PEMIKIR ingin menyatakan sokongan penuh kepada gesaan dan bantahan yang dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO), nelayan dan beberapa ahli Parlimen agar kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan projek tambakan laut Penang South Reclamation atau (PSR) yang kini dinamakan Penang South Islands (PSI) untuk tujuan komersial. PSR atau PSI adalah satu projek kerjaan negeri yang turut melibatkan satu projek berskala besar iaitu Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, atau juga dikenali sebagai Penang Transport Master Plan (PTMP). PTMP telah dicadangkan sebagai penyelesaian kepada masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang. Akan tetapi, sebahagaian besar daripada komponen dalam PTMP adalah berasaskan pembinaan tiga lebuh raya baharu dan kurang perhatian diberikan untuk menambah baik sistem pengangkutan awam yang sedia ada. Lebuh raya baharu ini akan menggalakkan lebih banyak lagi penggunaan kenderaan persendirian pada masa depan. Selain itu, PTMP ini juga melibatkan pembinaan satu terowong bawah air (undersea tunnel) dan satu laluan LRT yang dibina melalui kawasan perumahan dan perbandaran yang pesat.
Ketika PTMP mula diumumkan pada tahun 2015 oleh kerajaan negeri, projek ini bernilai RM 27 bilion. Sekarang projek PTMP dianggarkan bernilai RM46 bilion – hampir dua kali ganda. Untuk menjana dana untuk PTMP, projek PSR telah diperkenalkan bertujuan untuk kerajaan negeri menjual tanah tambakan tersebut kepada pemaju yang menawarkan harga yang tertinggi. Pakar infrastruktur Kanada telah memberi amaran bahawa PTMP terlalu berisiko untuk pelabur kerana ianya disatukan dengan projek PSR. Kos penambakan PSR dianggarkan sebanyak RM11 bilion dan akan mengambil masa 20 tahun untuk disiapkan. Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang perlu dibatalkan kerana ia akan memberi kesan serius dan negatif kepada sosiokonomi serta alam sekitar.
Perkara berikut perlu diberi perhatian yang serius:
• Langkah-langkah “offset” yang dicadangkan oleh pemaju sebagai penggantian untuk habitat semulajadi yang bakal dimusnahkan oleh penambakan adalah tidak memadai dan tidak mempunyai keupayaan untuk menggantikan fungsi habitat semulajadi.
• Tempat pendaratan penyu – kehilangan sepenuhnya
• Terumbu karang Pulau Rimau – separuh akan hilang
• Kawasan pantai berlumpur (mudflat) – kehilangan sepenuhnya
• Kawasan perikanan – separuh akan hilang
• Semua Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di atas penting untuk Sistem Sokongan Hidup (life support system) demi pemuliharaan kawasan ini dan untuk keperluan masyarakat.
Tidak meragukan lagi bahawa projek penambakan PSR akan memberi banyak kesan negatif yang berkekalan bukan sahaja kepada kekayaan biodiversiti yang ada di kawasan tersebut, malah sumber bekalan ikan di Pulau Pinang dan juga sumber pencarian nelayan pantai di Pulau Pinang, utara Perak dan selatan Kedah akan turut terjejas. Pengeluaran ikan dari hatcheri dan akuakultur sahaja tidak akan mencukupi untuk memenuhi permintaan makanan populasi sekarang dan masa hadapan. Satu pembangunan yang tidak peka kepada kesan negatif yang berkekalan ke atas biodiversiti dan keselamatan makanan bukanlah pembangunan yang patut dilaksanakan. Kurang pemahaman tentang kepentingan pembangunan lestari akan membawa kepada kemusnahan sosioekonomi dan biodiversiti.
*Datuk Muhamad Farid Saad adalah Pengerusi Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (PEMIKIR).
**Kenyataan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Kenyataan Media
Sun Jun 20 2021

Menurut Muhamad Farid, satu pembangunan yang tidak peka kepada kesan negatif yang berkekalan ke atas biodiversiti dan keselamatan makanan bukanlah pembangunan yang patut dilaksanakan.- Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemikir saran Pulau Pinang teliti semula rancangan teruskan PSR
Kerajaan negeri sepatutnya memikirkan nasib nelayan terutama yang hanya bergantung hidup dengan kerja menangkap ikan di laut.

Pemikir mahu dasar PBT lebih adil, seimbang di P. Pinang
Sehubungan itu, NGO itu memohon kepada Reezal Merican untuk memastikan kepentingan masyarakat bumiputera juga diambil kira.

Batalkan Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang - PEMIKIR
Kurang pemahaman tentang kepentingan pembangunan lestari akan membawa kepada kemusnahan sosioekonomi dan biodiversiti.

Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.

Selamatkan rizab Melayu sebelum terlambat - Abdul Aziz
Penubuhan jawatankuasa itu nanti bukan untuk menidakkan hak kaum lain, tetapi perkara mengenainya telah dipersetujui Raja-Raja Melayu sebelum negara mengecapi kemerdekaan.