Tiga penumpang cedera ringan selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas sebelum terhumban ke tebing jalan di Kilometer 6 Jalan Salak Tinggi - Nilai, pagi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali, kejadian berlaku kira kira jam 7.12 pagi ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Terminal Bas Selatan (TBS) Bukit Jalil menghala ke Nilai.

Bagaimanapun apabila tiba di satu selekoh, bas berkenaan dipercayai terbabas sebelum terhumban ke tebing jalan.

“Pemandu bas itu dipercayai hilang kawalan, melanggar penghadang besi jalan kiri, lalu terbabas sendiri.

"Akibat kejadian, tiga penumpang termasuk pemandu mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut,” katanya

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Foto ihsan orang awam.