Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata ketika kejadian bas berkenaan tidak membawa penumpang dan menuju ke bengkel bagi kerja pembaikan.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.44 pagi sebelum menggerakkan sepasukan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti dibantu BBP Bukit Mertajam ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan bahagian enjin bas sebelum merebak ke bahagian belakang dengan anggaran peratusan kemusnahan adalah 10 peratus.
"Tiada penumpang terlibat dalam kejadian itu. Kebakaran telah dapat dikawal pada 12.22 tengah hari dan kerja-kerja 'overhaul' selesai," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Kejadian itu turut menyebabkan trafik perlahan di sepanjang lebuh raya berikutan lorong kiri terhalang.
Mohamad Shoki memaklumkan operasi tamat pada 12.45 tengah hari.
-- BERNAMA
