KUALA LUMPUR:Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menerusi agensinya Perbadanan Putrajaya (PPj) memperkenalkan perkhidmatan bas percuma bagi kawasan Putrajaya yang akan mula beroperasi 1 November depan.
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata perkhidmatan itu merupakan antara inisiatif di bawah Wilayah Prihatin KWP bagi membantu rakyat, khususnya warga Putrajaya, mengurangkan beban sara hidup dalam aspek pengangkutan selain memudahkan urusan di Putrajaya.
“Pada masa yang sama, kemudahan bas percuma tersebut akan menggalakkan aktiviti pelancongan domestik di Putrajaya yang dapat membantu memulihkan ekonomi setempat.
“Kemudahan bas percuma ini hanya untuk warganegara Malaysia dan akan merangkumi kesemua laluan bas Nadi Putra sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata inisiatif bas percuma yang melibatkan anggaran kos sebanyak RM12 juta setahun ini sangat relevan dalam mengukuhkan kesalinghubungan yang cekap serta bermanfaat untuk kesejahteraan hidup rakyat terutama warga Wilayah Persekutuan Putrajaya.
“Dengan tersedianya kemudahan ini, dijangka akan dapat meningkatkan sebanyak 50 peratus penumpang bas Nadi Putra bagi tahun 2021,” katanya.
Bagi meningkatkan lagi perkhidmatan bas percuma tersebut, beliau berkata laluan dan kekerapan bas Nadi Putra telah dibuat penyusunan semula melibatkan 12 laluan di sekitar Putrajaya.
“Laluan perkhidmatan utama iaitu T500 diperkenal yang bermula di Kompleks E dan akan melalui Kompleks-kompleks Kerajaan di sepanjang Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1 (Kompleks A, B, C, D & E) dan Persiaran Perdana (Presint 2, dan 3) sehingga ke Dataran Gemilang Presint 4.
“Kekerapan bagi laluan utama ini adalah setiap 5 minit pada waktu puncak (jam 6.30 pagi hingga 9.00 pagi dan 4.00 petang hingga 6.40 petang), setiap 10 minit pada waktu bukan puncak serta 30 minit untuk waktu malam, hujung minggu atau cuti umum.
“Manakala bagi 11 laluan perkhidmatan selebihnya akan melalui kawasan perumahan, komersial dan pejabat selain di Presint 1 hingga 4 dengan kekerapan setiap 15 minit pada waktu puncak, 20 minit pada waktu bukan puncak serta 30 minit pada waktu malam, hujung minggu atau cuti umum,” katanya.
Selain Putrajaya Sentral sebagai stesen utama, dua buah hentian iaitu di Kompleks E, Presint 1 dan di Dataran Gemilang, beliau berkata Presint 4 juga dijadikan sebagai transit yang menghubungkan laluan perkhidmatan utama dengan beberapa laluan perkhidmatan yang lain bagi memudahkan penumpang.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata KWP dan PPj dengan komitmen jitu daripada syarikat yang mengurus dan mengendalikan operasi bas Nadi Putra, Syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd (PAPTT) juga akan membuat penambahan bas sehingga menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 40 buah bas iaitu 37 buah bas diesel dan 3 buah bas elektrik secara berperingkat bermula tahun hadapan.
Isabelle Leong
Mon Oct 26 2020
![Bas percuma untuk warga Putrajaya mulai 1 November Bas percuma untuk warga Putrajaya mulai 1 November](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598513550_ANNUARMUSA.jpg)
ANNUAR: Kemudahan bas percuma ini hanya untuk warganegara Malaysia dan akan merangkumi kesemua laluan bas Nadi Putra sedia ada. - Gambar fail
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
![Perkhidmatan bas percuma ke Bukit Bendera sempena Tahun Baharu Cina Perkhidmatan bas percuma ke Bukit Bendera sempena Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706084776_bukitbendera.jpg)
Perkhidmatan bas percuma ke Bukit Bendera sempena Tahun Baharu Cina
Perkhidmatan pengangkutan secara percuma itu disediakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar.
![Pulau Pinang laksana pelbagai langkah atasi kesesakan jalan raya - Exco Pulau Pinang laksana pelbagai langkah atasi kesesakan jalan raya - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638362319_Zairil.jpg)
Pulau Pinang laksana pelbagai langkah atasi kesesakan jalan raya - Exco
Kerajaan Pulau Pinang sentiasa berusaha mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang teruk di seluruh negeri.
![Henti operasi LRT: 150 petugas bantu kelancaran operasi bas percuma Henti operasi LRT: 150 petugas bantu kelancaran operasi bas percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680420855_TBRAPDIKLjpg.jpg)
Henti operasi LRT: 150 petugas bantu kelancaran operasi bas percuma
Sebanyak 40 buah bas akan bergerak di laluan tersebut dengan menetapkan sasaran kekerapan 10 ke 15 minit.
![PRU15: MBM, ABIM, Rasuah Busters sedia bas percuma pulang mengundi PRU15: MBM, ABIM, Rasuah Busters sedia bas percuma pulang mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668783999_basbalikundi.jpg)
PRU15: MBM, ABIM, Rasuah Busters sedia bas percuma pulang mengundi
Bas bergerak ke 32 lokasi di Semenanjung, mensasarkan individu yang terlepas peluang untuk mendapatkan tiket pengangkutan awam dan golongan kurang berkemampuan.
![LRT tergendala: Rapid KL tambah bas perantara percuma LRT tergendala: Rapid KL tambah bas perantara percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668005061_rapidKL.jpg)
LRT tergendala: Rapid KL tambah bas perantara percuma
Rapid KL mengambil langkah tambahan dengan menambah 20 bas perantara percuma untuk membawa penumpang yang terjejas ekoran penutupan 16 stesen di LRT Laluan Kelana Jaya.
![Hari Malaysia: Panorama Melaka sedia bas percuma kepada pengunjung Hari Malaysia: Panorama Melaka sedia bas percuma kepada pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663137330_BasPanorama.jpg)
Hari Malaysia: Panorama Melaka sedia bas percuma kepada pengunjung
Penyedia perkhidmatan bas henti-henti Panorama Melaka menyediakan bas percuma kepada pengunjung untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia.
![32,800 golongan B40 di Melaka terima perkhidmatan bas percuma 32,800 golongan B40 di Melaka terima perkhidmatan bas percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643096971_TBRAHMAD.jpg)
32,800 golongan B40 di Melaka terima perkhidmatan bas percuma
Senarai penerima perkhidmatan ini diambil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
![Melaka teruskan bas percuma, lancar Program Bas Penyayang Melaka teruskan bas percuma, lancar Program Bas Penyayang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51635937108_SulaimanMdAlirasm.jpg)
Melaka teruskan bas percuma, lancar Program Bas Penyayang
Melaka meneruskan perkhidmatan bas percuma dengan melancarkan Program Bas Penyayang yang memberi manfaat kepada kira-kira 33,000 penduduk di negeri itu.
![Bas percuma untuk warga Putrajaya mulai 1 November Bas percuma untuk warga Putrajaya mulai 1 November](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598513550_ANNUARMUSA.jpg)
Bas percuma untuk warga Putrajaya mulai 1 November
Ia merupakan salah satu inisiatif di bawah Wilayah Prihatin KWP bagi membantu rakyat, khususnya warga Putrajaya, mengurangkan beban sara hidup dalam aspek pengangkutan.
![Terengganu sedia 12 bas percuma untuk mahasiswa pulang ke kampung Terengganu sedia 12 bas percuma untuk mahasiswa pulang ke kampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41558862415_basekspres.jpg)
Terengganu sedia 12 bas percuma untuk mahasiswa pulang ke kampung
Mahasiswa berkenaan juga akan menikmati hidangan sahur yang disediakan sebelum bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing.