MELAKA: Pengusaha dan pengendali bas pelancong diingatkan agar sentiasa melantik pemandu pelancong yang diiktiraf apabila khidmat bas mereka digunakan.
Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Melaka Jay Yeow berkata ini penting bagi memastikan pengusaha tidak dikenakan kompaun di bawah Akta Industri Pelancongan berkaitan.
"Minggu lepas ada kita ada buat operasi bersepadu dengan pihak kementerian pelancongan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka.
"Daripada 20 bas pelancong yang masuk ke Melaka, lima bas telah dikompaun maksimum RM5,000 kerana tidak menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong," katanya kepada pemberita ketika hadir di majlis pelancaran menu berbuka puasa Ramadan Hotel Imperial Heritage malam tadi.
Katanya di Melaka terdapat 170 pemandu pelancong berdaftar dan kelebihan menggunakan mereka adalah mereka mempunyai senarai nama pelancong dibawa dan itinerari program, sekiranya ditahan agensi penguat kuasa atau berlaku insiden tidak diingini.
"Bagaimanapun sekiranya bas pelancong atau grab persiaran mereka tidak membawa pelancong, mereka tetap perlu dapatkan pelepasan sekiranya tidak mahu menggunakan pemandu pelancong.
"Contohnya seperti pihak sekolah atau agensi yang guna bas pelancong tetapi bukan tujuan melancong, seperti ada program sekolah," katanya.
Beliau juga meminta orang ramai tampil membuat aduan di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MOTAC di pautan https://motac.spab.gov.my dalam usaha memudahkan pelaksanaan penguatkuasaan.
"Kita ada ada terima banyak laporan berkaitan bas pelancong yang tidak menyediakan pemandu pelancong namun maklumat diberikan tidak lengkap seperti bas apa dan di mana.
"Ini menyukar pihak kami membuat siasatan dan untuk itu, kita harap pengadu gunakan SISPAA dan berikan maklumat lengkap," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023

Sekiranya bas pelancong atau persiaran tidak membawa pelancong, mereka tetap perlu dapatkan pelepasan sekiranya tidak mahu menggunakan pemandu pelancong. - Gambar hiasan/BERNAMA

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen Syarikat Umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd.

Kes tipu umrah: Pegawai kementerian sudah berkunjung ke pejabat Hejira - Timbalan Menteri MOTAC
Kertas siasatan kes penipuan umrah melibatkan syarikat Hejira Travel & Tours Sdn Bhd telah lengkap.

Tipu umrah: Polis terima 141 laporan libatkan kerugian lebih RM3 juta
Syarikat berkenaan berdaftar dan memperoleh lesen daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menjalankan aktiviti umrah bermula 2023 hingga Mac 2027.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).

MOTAC batal lesen Al Quds Umrah & Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Syarikat Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lalu.

MOTAC promosi budaya sarapan Malaysia melalui program dianjurkan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan terus memartabatkan budaya sarapan dan makanan warisan negara melalui program dianjurkan.

Tipu umrah: MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh pelaksanaan mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.

Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC
Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.