Pemasangan alat pengehad kelajuan (SLD) perlu diwajibkan ke atas semua bas ekspres dan tidak sepatutnya ada pengecualian bagi bas yang dibuat dan didaftarkan sebelum tahun 2015 seperti yang berlaku ketika ini.
Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia Che Ibrahim Che Ismail berkata pemasangan alat tersebut tidak membebankan pengusaha bas ekspres kerana ia hanya melibatkan kos antara RM800 hingga RM1,200.
"Tempoh pemasangan SLD juga hanya dua hingga tiga jam sahaja. Jadi bas lama (yang dikeluar dan didaftar sebelum 2015) pun boleh pasang. Ia bergantung kepada inisiatif syarikat pengusaha bas ekspres sekiranya mereka sanggup melabur untuk pasang alat ini.
"Bas lama bukan satu alasan, mereka perlu utamakan keselamatan penumpang. Bergantung ke arah mana mereka hendak 'bawa' syarikat masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan berkata bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pagoh, Johor Sabtu lalu tidak mempunyai SLD kerana ia dibuat dan didaftarkan pada 2013, sebelum pemasangan alat itu diwajibkan bagi bas yang dibuat selepas Januari 2015.
Dalam kemalangan kira-kira 3.30 pagi itu, bas ekspres berkenaan menjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter dan merempuh tembok konkrit sebuah terowong di Kampung Jayor di Km137.3 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), mengorbankan 14 orang, termasuk pemandu dan anak perempuannya, serta mencederakan 16 penumpang lain.
Che Ibrahim berkata setakat ini sebanyak 15 syarikat pengusaha bas ekspres melibatkan 500 hingga 600 buah bas bernaung di bawah persatuannya dan sebahagian besar bas milik persatuan berkenaan telah dipasang SLD.
Katanya pemasangan SLD sangat membantu dalam mengawal kelajuan bas kerana pemandu bas tidak dapat membawa bas melebihi had laju yang ditetapkan.
"Alat ini dipasang di bahagian enjin bas dan berhubung dengan panel meter. Sekiranya had yang dipasang adalah 90 kilometer sejam, jadi pemandu tidak dapat 'tekan minyak' melebihi had laju itu, kecuali ketika turun bukit," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sani Express Sdn Bhd (Sani Express) Abu Bakar Mohammad berkata walaupun tahap kelajuan bas ekspres sebelum ini dapat dipantau menggunakan sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang pada bas, namun melalui GPS pengusaha bas ekspres hanya boleh menghubungi pemandu mereka untuk memberi peringatan sekiranya bas dipandu laju.
Katanya semua 37 bas ekspres milik Sani Express telah dipasang dengan SLD walaupun bas mereka dikeluarkan dan didaftar sebelum tahun 2015.
Abu Bakar berkata pemasangan SLD telah dibuat sejak tahun 2008.
"Sebelum kerajaan mewajibkan pemasangan SLD pun Sani Express sudah pasang. Pada waktu itu, ia bergantung juga kepada syarikat pengusaha bas. Ada sesetengah syarikat bas yang telah memasang SLD semasa membuat bas tersebut," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata pihaknya sentiasa menggalakkan pengusaha bas memasang SLD bagi memastikan pemandu mereka 'berkelakuan baik' mematuhi had laju.
Katanya, ia merupakan tanggungjawab pengusaha bas ekspres dengan memantau prestasi pemandu mereka demi menjamin keselamatan penumpang dan tiada lagi kemalangan jiwa melibatkan bas ekspres berlaku.
"Anda (pengusaha bas) menggaji pekerja (pemandu) jadi itu tanggungjawab anda menjaga tingkah laku pekerja. Memang kita galakkan bas yang lama untuk pasang (SLD)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2016

SLD perlu diwajibkan ke atas semua bas ekspres dan tidak sepatutnya ada pengecualian bagi bas yang dibuat dan didaftar sebelum tahun 2015. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Jangan benar agenda Dr Mahathir rampas hak rakyat - Tiong Lai
Beliau berkata tindakan Dr Mahathir kembali semula ke medan pilihan raya umum lebih berpaksikan kepada agenda peribadi dan dendam terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri.

Enam tren baharu tingkatkan 50 peratus keupayaan ERL
Keupayaan perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan meningkat 50 peratus berikutan pelancaran enam tren baharu hari ini.

Malaysia yakin Ocean Infinity mampu rungkai misteri MH370
Syarikat penerokaan dasar laut dari AS itu punyai keupayaan teknologi & aset canggih, serta pasukan berpengalaman luas.

DAP tidak punya masa depan - Tiong Lai
DAP disifatkan tiada masa depan kerana tidak berprinsip dan bersemangat serta dilihat gagal membawa rakyat negara ini ke mana-mana.

Selat Melaka bebas ancaman lanun
Selat Melaka menjadi laluan perairan perdagangan yang selamat dan bebas dari ancaman lanun sejak empat tahun lepas hasil penguatkuasaan bersepadu yang dilakukan di sepanjang selat itu.

MCA terima keputusan tolak penganjuran pesta arak
MCA menerima keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menolak permohonan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 di ibu negara atas faktor keselamatan.

Keluarga MH370 rancang kumpul RM67 juta teruskan sendiri usaha pencarian
Hari ini keluarga MH370 melancarkan inisiatif untuk menjalankan usaha pencarian secara persendirian dengan sasaran mengumpul RM67 juta (USD15 juta).

MH370: Masalah dana bukan punca penangguhan pencarian - Tiong Lai
Penangguhan pencarian pesawat MH370 bukan disebabkan masalah dana, tegas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

PM Najib umum landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangkan
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat penerbangan terus dan sewa dari China mendarat.

Laporan akhir siasatan penerbangan MH370 dijangka siap tahun ini - Tiong Lai
Laporan siasatan akhir mengenai pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang hilang pada 8 Mac 2014, dijangka siap tahun ini.