Tiga tahun berlalu, namun tiada sebarang petunjuk kukuh membawa kepada keberadaan pesawat MH370.
Dengan tertangguhnya usaha pencarian yang dijalankan bersama Malaysia, Australia dan China pada Januari lalu, ia menggerakkan ahli keluarga mangsa terlibat untuk melakukan sesuatu supaya usaha pencarian dapat diteruskan.
Hari ini mereka melancarkan inisiatif untuk menjalankan usaha pencarian secara persendirian dengan sasaran mengumpul RM67 juta (USD15 juta) bagi tujuan tersebut.
Grace Nanthan, anak kepada Anne Daisy iaitu salah seorang daripada 239 penumpang dan anak kapal yang hilang bersama pesawat itu berkata, usaha mereka yang menamakan diri Voice 370 akan dibantu beberapa pihak yang mempunyai kemahiran dan prihatin terhadap usaha mereka itu.
"Kita telah berhubung dengan mereka yang pakar dalam bidang ini (penerbangan dan lautan) seperti David Gallo iaitu individu yang menemukan Air France beberapa tahun lepas, kita juga berhubung dengan Fugro iaitu syarikat yang berpengetahuan tentang geografi laut.
"Mereka sangat positif dan memaklumkan kepada kami bahawa sekiranya kerajaan tidak meneruskan pencarian, mereka sanggup membantu segala yang termampu untuk meneruskan pencarian MH370," katanya ketika ditemui pada Majlis Memperingati Tiga Tahun MH370 di Publika di sini hari ini.
Ketika ini mereka masih pada fasa perancangan dan hanya akan memulakan kempen pengumpulan dana selepas kerajaan menamatkan sepenuhnya usaha pencarian pesawat yang hilang sejak 8 Mac 2014 itu.
Inisiatif persendirian itu disokong Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berkata, pihaknya mengalu-alukan sebarang usaha yang dapat membantu dalam pencarian MH370.
"Kita serahkan kepada mereka, semua orang boleh datang dan tolong. Kita alu-alukan bantuan dari setiap pihak.
"Setiap pihak ada cara sendiri untuk membantu dan kita juga akan menyokong usaha tersebut menerusi kerajaan dan melihat kepada pelbagai saluran," katanya.
Israr Khalid
Sat Mar 04 2017

Keluarga MH370 melancarkan inisiatif untuk menjalankan usaha pencarian secara persendirian dengan sasaran mengumpul RM67 juta. - fotoBERNAMA

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jangan benar agenda Dr Mahathir rampas hak rakyat - Tiong Lai
Beliau berkata tindakan Dr Mahathir kembali semula ke medan pilihan raya umum lebih berpaksikan kepada agenda peribadi dan dendam terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri.

Enam tren baharu tingkatkan 50 peratus keupayaan ERL
Keupayaan perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan meningkat 50 peratus berikutan pelancaran enam tren baharu hari ini.

Malaysia yakin Ocean Infinity mampu rungkai misteri MH370
Syarikat penerokaan dasar laut dari AS itu punyai keupayaan teknologi & aset canggih, serta pasukan berpengalaman luas.

DAP tidak punya masa depan - Tiong Lai
DAP disifatkan tiada masa depan kerana tidak berprinsip dan bersemangat serta dilihat gagal membawa rakyat negara ini ke mana-mana.

Selat Melaka bebas ancaman lanun
Selat Melaka menjadi laluan perairan perdagangan yang selamat dan bebas dari ancaman lanun sejak empat tahun lepas hasil penguatkuasaan bersepadu yang dilakukan di sepanjang selat itu.

MCA terima keputusan tolak penganjuran pesta arak
MCA menerima keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menolak permohonan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 di ibu negara atas faktor keselamatan.

Keluarga MH370 rancang kumpul RM67 juta teruskan sendiri usaha pencarian
Hari ini keluarga MH370 melancarkan inisiatif untuk menjalankan usaha pencarian secara persendirian dengan sasaran mengumpul RM67 juta (USD15 juta).

MH370: Masalah dana bukan punca penangguhan pencarian - Tiong Lai
Penangguhan pencarian pesawat MH370 bukan disebabkan masalah dana, tegas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

PM Najib umum landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangkan
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat penerbangan terus dan sewa dari China mendarat.

Laporan akhir siasatan penerbangan MH370 dijangka siap tahun ini - Tiong Lai
Laporan siasatan akhir mengenai pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang hilang pada 8 Mac 2014, dijangka siap tahun ini.