Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Muhammad Farhan Ahmad berkata, kemalangan tersebut berlaku pada jam 3.56 pagi.
Katanya, seramai 14 anggota dari BBP Yong Peng dan BBP Ayer Hitam dibantu dua buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dikejarkan ke lokasi nahas.
“Setibanya di tempat kejadian, kami mendapati pintu bas rosak dan penumpang tidak dapat keluar.
“Kami segera menggunakan peralatan khas untuk memotong kaca dan mengeluarkan kesemua 11 penumpang melalui cermin hadapan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, lima cedera terdiri daripada pemandu bas dan empat penumpang.
"Pemandu bas bersama seorang penumpang diberi rawatan segera oleh petugas perubatan yang hadir. - Sinar Harian