DUNGUN: Sebanyak 64 penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit, menempuh detik cemas apabila bas yang dinaiki terbabas di Kampung Jongok Batu, di sini kira-kira 12.30 tengah hari tadi.
Bagaimanapun, kesemua sukarelawan itu yang sedang dalam perjalanan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan pascabanjir di Hulu Dungun, selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi Ghazali Sulaiman berkata pemandu bas berkenaan difahamkan menggunakan jalan alternatif yang sempit dan lazimnya digunakan penduduk kampung untuk ke ladang setelah disaran oleh aplikasi navigasi.
"Bas itu tiba-tiba hilang kawalan disebabkan laluan yang licin akibat lumpur kesan daripada banjir hingga ia terbabas ke bahu jalan dan nyaris terbalik.
"Keadaan itu memaksa kesemua penumpang keluar melalui pintu kecemasan dan pintu pemandu," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata sukarelawan IPG itu telah berada di sekitar Hulu Dungun sejak semalam bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024

Bas yang dinaiki 64 penuntut IPG Kampus Dato' Razali Ismail terbabas di Kampung Jongok Batu, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi. -Foto Sinar Harian

Sibuk siapkan album, Shila Amzah akui tak sempat keluarkan lagu raya tahun ini
Shila tidak menolak kemungkinan untuk menghasilkan lagu raya pada tahun hadapan sekiranya keadaan mengizinkan.
JAKIM tegaskan karya seni perlu selari prinsip akidah
JAKIM menasihati penerbit 'Bidaah' berhubung karya seni yang perlu selari dengan akidah, syariah dan akhlak Islam agar tidak timbulkan fitnah

DAP rakan setia Anwar Ibrahim, hanya ‘yes man’ kepada rakyat - Guan Eng
DAP hanya tunduk kepada pengundi dan rakyat Malaysia, bukan kepada individu atau pihak tertentu.

Guterres puji peranan Bangladesh dalam misi pengaman PBB, sokongan kepada Rohingya
Antonio Guterres memuji peranan Bangladesh dalam misi pengaman antarabangsa serta kemurahan hatinya dalam menerima pelarian Rohingya.

Pahang sediakan baucar bantu golongan memerlukan
Baucar berkenaan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.

PRK Ayer Kuning: PN umum calon selepas 20 Mac
Muhammad Sanusi Md Nor berkata PN telah mempunyai senarai nama calon yang akan dimuktamadkan pada mesyuarat berkenaan.

Islam tidak mengajar hina agama lain - Mohd Na'im
Masyarakat Islam dan bukan Islam diajak untuk bersama-sama mengekalkan keharmonian.

PM Anwar hadiri kongres kebangsaan DAP ke-18
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Kebangsaan DAP ke-18 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).
#AWANIRingkas 16 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Mac 2025
1️⃣ Perpaduan: Seruan kepada rakyat Malaysia
2️⃣ Kongres Kebangsaan DAP ke-18
3️⃣ Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Turkiye
#awaniringkas
1️⃣ Perpaduan: Seruan kepada rakyat Malaysia
2️⃣ Kongres Kebangsaan DAP ke-18
3️⃣ Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Turkiye
#awaniringkas

Impian saya dimakbulkan sebelum 'menutup mata. - Zaiton Sameon
Single terbarunya berjudul Reda adalah ciptaan komposer tersohor A. Ali dan penulis lirik Habsah Hassan, sebelum ini tertangguh empat tahun.

Bas bawa 64 sukarelawan pascabanjir terbabas
Kesemua sukarelawan itu yang sedang dalam perjalanan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan pascabanjir di Hulu Dungun, selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.