Ringkasan AI
- Video tular menunjukkan seorang lelaki menengking guru di sebuah sekolah agama swasta kerana tidak berpuas hati dengan tindakan guru memotong rambut anaknya.
- Lelaki itu mempertikaikan hukuman yang dikenakan oleh sekolah, menyatakan bahawa anaknya belajar di sekolah swasta yang dibayar, dan menyoal kewajaran tindakan guru tersebut.
- Di ruangan komen, ramai mengecam tindakan lelaki itu, dengan menyatakan isu tersebut boleh diselesaikan secara baik dan menegaskan pentingnya peranan guru dalam mendidik pelajar.
Lelaki berkenaan bertemu dengan guru yang bertanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan tentang kewajaran pihak sekolah memotong rambut anaknya.
“ Yang kau usik ni bukan anak binatang, rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu tak,
“Rasulullah punya rambut macam mana?,” soal lelaki itu,
Lelaki itu turut mempertikaikan tindakan guru berkenaan mengenakan hukuman kerana anaknya belajar di sekolah swasta yang dibayar.
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata orang ramai mengecam tindakan lelaki berkenaan kerana menyerang guru terbabit di sekolah.
Muhd Yusri berkata, isu berkenaan boleh diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu menyalahkan guru itu secara terbuka.
“Tugas pendidik adalah untuk memastikan pelajarnya menjadi seorang yang berilmu dan berakhlak kerana murid adalah tanggungjawab guru di sekolah, ibu bapa tidak perlu campur,” katanya.
Zaidee pula berkata, tindakan lelaki berkenaan menengking dan mengherdik guru terbabit dengan bahasa yang kasar adalah tidak wajar.
“Hantar anak ke sekolah agama tapi perangai ayah memalukan, kalau tak nak kena denda tak payah hantar anak pergi sekolah,” ujarnya. - Sinar Harian