“Saya serahkan segalanya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan”.
Demikian jelas Abdul Hamid Yunus, 57, atas kejadian yang menimpa anaknya Norwahidah Abdul Hamid, 28, yang maut dalam kebakaran dalam sebuah rumah di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada Isnin lalu.
Menurut Abdul Hamid anaknya tidak pernah menceritakan tentang sebarang masalah bersama suaminya Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, malah mereka begitu teruja menantikan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada 2 Febuari ini di Kangar, Perlis.
BACA: Polis klasifikasi kes suami isteri mati dalam kebakaran sebagai kes bunuh
BACA: Dua maut dalam kebakaran di Sepang - Bomba
Beliau juga tidak menyangka sama sekali kejadian yang menimpa anak dan menantunya itu.
Jelasnya biarlah polis jalankan siasatan terlebih dahulu dan segala keputusan beliau redha dengan ketentuan Ilahi.
“Saya tidak ada apa hendak ulas lagi, saya perlu berjumpa dengan pegawai penyiasat yang berkaitan untuk beberapa urusan anak saya sebab saya pun tidak dapat fakta kes yang tepat daripada pihak penyiasat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu ibu mangsa, Zaiton Ismail, 57, berkata beliau bersyukur kerana pengkebumian anaknya selesai dengan baik di Tanah Perkuburan Masjid An-Najah, Ayer Hitam di kampung nenek Allahyarham.
Beliau berasa sedih kerana segala persiapan majlis perkahwinan telah siap dan hanya menantikan tarikh berlangsung sahaja.
Astro AWANI cuba mendapatkan reaksi ibu Allahyarham bagaimanapun beliau enggangan memberikan kenyataan kerana sebak mengenangkan kejadian menimpa anaknya itu.
Pasangan Norwahidah dan Wan Mohamad Baharul Nizam dijadual mengadakan majlis kenduri perkahwinan mereka di Kangar, Perlis pada 2 Februari dan 6 Februari ini di Besut, Terengganu.
Kad-kad jemputan untuk majlis itu yang belum sempat diedar turut dijumpai dalam rumah yang terbakar itu.
Bagaimanapun semalam, polis mengklasifikasi semula kes itu sebagai kes bunuh berdasarkan bedah siasat mendapati terdapat kecederaan akibat hentakan benda keras di kepala Norwahidah.
Kedua-dua mangsa adalah penjawat awam yang bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jan 30 2019
Ibu mangsa, Zaiton Ismail, 57, berkata beliau bersyukur kerana pengkebumian anaknya selesai dengan baik di Tanah Perkuburan Masjid An-Najah, Ayer Hitam. - Foto Astro AWANI
Platform tidak serius pantau, sekat pengguna bawah umur
Pengendali media sosial dikritik tidak serius dalam menghalang kanak-kanak bawah 13 tahun daripada memiliki dan menggunakan akaun media sosial.
PRK DUN Nenggiri: PN rehatkan juruacara majlis kaitkan DAP dengan kafir harbi
Perikatan Nasional (PN) mengambil tindakan merehatkan seorang juruacara majlis daripada parti itu yang dirakam mengeluarkan ucapan tidak menyenangkan sewaktu siri ceramah di Sungai Asap, Khamis lalu.
Sorakan peminat bergema, Faisal Halim kembali beraksi berdepan Kelantan
emain berjersi tujuh itu menerima sorakan daripada para penonton ketika bersiap sedia memasuki padang dan pertukaran pemain di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Wartawan ada hak untuk laporkan, polis ada hak menyiasat
Pengamal media mempunyai hak untuk melindungi kerahsian sumber dan pada masa sama polis juga mempunyai hak untuk menyoal siasat.
Remaja menyamar doktor dirujuk psikiatri, bebas dengan jamin
Seorang remaja berusia 14 tahun yang menyamar sebagai doktor dengan menceroboh masuk bolik bedah Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang akan dirujuk untuk pemeriksaan piskiatri.
AWANI Borneo [10/08/2024] - Pinjaman mudah Affin Bank | Cabaran IR 4.0 | Kapasiti terlalu kecil
AWANI Borneo 10 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar
Usahawan wanita Sarawak boleh mohon pinjaman mudah Affin Bank.
UCSF perkukuh bidang STEM dan TVET depani cabaran IR 4.0.
Kompleks Sukan Mini Semporna perlu dinaik taraf.
Usahawan wanita Sarawak boleh mohon pinjaman mudah Affin Bank.
UCSF perkukuh bidang STEM dan TVET depani cabaran IR 4.0.
Kompleks Sukan Mini Semporna perlu dinaik taraf.
Penuntut IPT benar akaun bank diguna sindiket penipuan berdepan tindakan undang-undang
Tindakan boleh diambil terhadap pemilik jika membenarkan akaun dan instrumen pembayaran mereka digunakan oleh sindiket.
Sarawak terokai pengurusan buaya di Australia
Delegasi Kerajaan Sarawak yang diketuai oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan melalukan lawatan penanda aras ke Terumbu Sawar Besar dan tapak pengurusan hidupan liar terkemuka di Queensland, Australia.
Kompleks Sukan Mini Semporna perlu dinaik taraf
Pemimpin masyarakat di Semporna berharap kerajaan dapat menaik taraf kompleks sukan mini Semporna yang ketika ini tidak mampu menampung keperluan susulan pertambahan pelajar terutama ketika kejohanan sukan peringkat daerah.
MIsi raih emas Olimpik perlu bermula dari SUKMA - Abdul Karim
Jelas Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, agensi serta persatuan sukan perlu mengasah atlet negara menjadi jaguh dunia, dan bukan hanya jaguh di tanah air
Bapa mangsa kebakaran di Sepang redha anak tak naik pelamin, serah kepada polis siasat kes bunuh
Ibu bapa mangsa maut kebakaran di Sepang serahkan segalanya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.