SHAH ALAM: Pengalaman berdepan kehilangan anak autistik selama tiga jam ketika berada di luar, menjadi pengajaran buat seorang bapa agar sentiasa menjaga emosi anak lelakinya yang kini berusia 7 tahun.
Pemilik perniagaan, Omar Mohamed Azmi, 37, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira dua tahun lalu namun ketika itu anaknya, Muhammad Mafateh Al Ulum belum dikesan menghidap autisme.
Menurutnya, anak kedua daripada empat beradik itu hanya dikesan menghidap autisme pada tahun ini ketika mahu didaftarkan ke sekolah.
"Kejadian dia hilang ketika itu di tempat makan, dia mahu makanan manis tapi saya tak beri. Kemudian dia merajuk dan lari. Dalam keadaan orang ramai saya dan isteri tak dapat jumpa dia.
"Tiga jam dia tak dapat dikesan. Ibunya sudah menangis-nangis. Tapi akhirnya dia ditemui dan ada orang yang datang hantar. Sebelum itu dia pernah beberapa kali hilang tapi kejadian itu yang paling lama.
"Ketika itu kami tak tahu dia autistik. Kanak-kanak autistik ini kalau dia sedang emosi dia suka asingkan diri daripada orang lain," katanya kepada Sinar Harian.
Omar menambah, setelah melihat perkembangannya anaknya yang sedikit berbeza daripada kanak-kanak lain, dia membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat pakar dan akhirnya dikesan menghidap autisme.
"Dia masih sukar mengenal huruf dan nombor. Percakapannya juga tidak tersusun membuatkan kami bimbang bagaimana dia nak urus diri ketika di sekolah nanti. Sebab itu kami ambil keputusan untuk rujuk pakar.
"Karektor anak autistik ini berbeza-beza. Tapi bagi Muhammad, tingkah lakunya masih terkawal.
"Tapi, emosinya sering tak stabil. Dia boleh tiba-tiba marah, tiba-tiba ketawa seorang diri. Jadi, sebagai ibu bapa perlu sentiasa pastikan emosinya dalam keadaan baik," katanya.
Bagaimanapun Omar berkata, dia bersyukur kerana Muhammad mudah dijaga dan boleh mengurus diri sendiri namun masih perlu dipantau.
"Walaupun dia boleh urus mandi sendiri, dan bermain di luar bersama kanak-kanak lain, kami tetap pantau.
"Cabaran apabila anak-anak lain yang masih tidak faham, persoalkan kenapa kami beri perhatian lebih kepada Muhammad," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 09 2023

Omar bersama Isteri dan anak-anak termasuk Muhammad (kiri).
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.

Bapa kongsi kisah anak autistik hilang, jadi pengajaran
Pengalaman berdepan kehilangan anak autistik selama tiga jam ketika berada di luar, menjadi pengajaran buat seorang bapa agar sentiasa menjaga emosi anak lelakinya yang kini berusia 7 tahun.