Mayat lelaki yang dilapor hilang ketika memukat bersama abangnya di Kuala Sungai Pinang, di sini, ditemui oleh bapanya sendiri Rabu.
Mayat Marzuki Akhmar, 22, ditemui terapung dengan tangan kiri masih memegang topi yang dipakainya.
Ahmad Long, 55, yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat itu, berkata mayat anaknya itu ditemui beberapa meter dari tempat dia dilapor hilang semalam.
"Saya bersama dua cucu saudara naik sebuah bot dan setelah dua jam mencari, saya nampak objek hitam terapung. Bila didekati saya nampak itulah kepala anak saya," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Balik Pulau di sini hari ini.
Pada kejadian pukul 10 pagi semalam, kaki Marzuki dilapor terjerut pada pukat menyebabkan dia tercampak ke dalam laut ketika air pasang.
Abangnya Mazlan, 31, dikatakan terjun ke laut untuk menyelamatkan adiknya tetapi turut lemas. Mayat Mazlan ditemui sekumpulan nelayan tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin ketika dihubungi mengesahkan mayat kedua-dua beradik itu telah ditemui.
Bernama
Wed Jan 23 2013
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Bapa jumpa mayat anak lemas di Kuala Sungai Pinang
Mayat lelaki yang dilapor hilang ketika memukat bersama abangnya di Kuala Sungai Pinang, di sini, ditemui oleh bapanya sendiri Rabu.