Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Itu keadaan seorang ketua keluarga di Pangsapuri Rakyat, Jalan Cengal, di sini, yang hilang pekerjaan kerana terpaksa menguruskan bayinya yang sakit.
Malah, dia kini runsing dengan keadaan kewangannya semakin meruncing.
Mohd Rizal Kamarudin, 32, berkata dia bukan sahaja perlu memikirkan wang perbelanjaan harian keluarga malah bayinya Abdul Qayyum, sembilan bulan, turut memerlukan wang bagi rawatan dan suntikan vaksin tambahan kerana mengalami masalah saluran pernafasan yang sempit.
"Anak bongsu saya memerlukan tiga lagi dos suntikan vaksin tambahan sebelum usia mencapai setahun termasuk vaksin pneumokokal dengan satu dos berharga kira-kira RM250.
Bekas pemandu lori penghantaran ayam itu berkata pada mulanya dia hanya mengambil cuti tanpa gaji sejak Oktober tahun lepas bagi urusan rawatan Abdul Qayyum di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum terpaksa memutuskan berhenti kerja pada pertengahan bulan lepas.
Menurut Mohd Rizal, dia bercadang untuk mencari kerja baharu, namun, tidak menyangka berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 dikuatkuasakan kerajaan mulai 18 Mac lepas.
Daerah Kulai juga diisytiharkan sebagai zon merah semalam selepas mencatatkan 41 kes positif COVID-19, sekali gus menjadi antara 29 kawasan berada yang dalam zon berkenaan di seluruh negara.
Menurut bapa kepada lima anak itu, dia kini menggunakan sedikit baki wang simpanan untuk urusan seharian dan meneruskan kelangsungan hidup menerusi sumbangan barangan keperluan asas daripada orang ramai serta sebahagian wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) RM1,600 daripada kerajaan.
"Cuma, untuk jangka panjang saya risau kerana saya tidak boleh bekerja semula dalam tempoh PKP ini, sedangkan anak saya perlu mendapatkan rawatan," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam berkata sebanyak 600 bungkusan sayur-sayuran diagihkan di Pangsapuri Rakyat berkenaan bagi meringankan beban masyarakat sepanjang PKP.
"Selepas itu kita akan beri 1,000 bungkusan di Flat Temenggong dan 700 bungkusan pula di rumah pangsa Taman Putri Kulai. Program ini kami akan buat berterusan dan ditumpukan di kawasan penduduk golongan berpendapatan rendah (B40)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 18 2020

Penduduk Pangsapuri Rakyat turut menolong memunggah sayur-sayuran sumbangan Econsave Cash & Carry Sdn Bhd yang akan diagihkan kepada mereka hari ini. - Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Bapa hilang pekerjaan runsing soal rawatan bayi
Bapa lima anak guna baki wang simpanan dan wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) RM1,600 untuk meneruskan kelangsungan hidup.