KUALA LUMPUR: Jika empat tahun lepas anak-anaknya berkongsi berita gembira tentang pertemuan ayah mereka di Singapura tetapi hari ini khabar duka pula dikongsikan.
Ali Jais, warga Malaysia yang terpisah dengan tiga anak kandungnya kira-kira 20 tahun ketika itu, telah meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira jam 4 petang semalam.
"Abah pergi ketika saya sedang mengelap badannya. Saya memanggilnya tetapi tiada sahutan. Saya panggilkan jururawat dan bila diperiksa saya dimaklumkan Abah sudah tiada,” kata Hasliza, anak sulong, yang menghubungi Bernama untuk menyampaikan berita duka itu.
Menurut Hasliza, bapanya yang dibawa ke Kelantan untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga di sana dimasukkan ke hospital pada hari raya kedua akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Pencarian anak-anak Ali, sekitar November 2020, telah menarik perhatian warga Singapura yang turut membantu mencari keberadaan warga emas itu.
Pencarian Ali berakhir kurang 24 jam selepas berita berkaitan dirinya dilaporkan koresponden Bernama di Singapura.
Ali, 88, ditemukan di sebuah rumah jagaan warga emas di republik itu.
Walaupun bersedih hanya sempat bersama kira-kira empat tahun sahaja selepas ditemukan, Hasliza dan dua lagi adiknya tetap bersyukur bapanya menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga di Malaysia.
Atas kerjasama baik pihak berkaitan di kedua-dua negara, Ali berjaya dibawa pulang kepangkuan anak-anaknya sebulan selepas ditemukan sewaktu sempadan Malaysia-Singapura ditutup berikutan pandemik Covid-19 ketika itu.
Ali dijangka dikebumikan pada malam tadi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 15 2024

Ali Jais, warga Malaysia yang terpisah dengan tiga anak kandungnya kira-kira 20 tahun ketika itu, telah meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, kira-kira jam 4 petang Isnin. - Gambar fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bapa hilang selepas keluar rumah
Suriatuddin Maliki, yang juga pesara kerajaan, dilihat keluar rumah kira-kira pukul 5.50 pagi Isnin.

Bapa hilang ditemukan di Singapura 4 tahun lepas meninggal dunia di Kelantan
Ali Jais meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira jam 4 petang Isnin.

'Syukur ayah ditemui, walaupun sudah tidak bernyawa'
Zul Husni sekeluarga berlapang dada terima berita duka pemergian ayah dalam perjalanan ke tempat kerja di Pasir Gudang.

Bapa menghilang, siapa kenal waris Nur Safina dan Mohd Ikram?
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis meminta orang ramai untuk membantu mencari waris dua beradik masing-masing berusia empat dan tiga tahun.