Bapa pengacara RTM, Iesya Toh, Sanny Toh bin Abdullah, 65, dilaporkan telah meninggal dunia di Madinah selepas rebah dalam perjalanan menuju ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah, pada Khamis.
Sebelum ini, Allahyarham Sanny Toh telah mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital Madinah sebelum menghembuskan nafas akhirnya, lapor Sinar Harian.
Iesya turut menyifatkan pemergian arwah bapanya adalah satu rezeki dan istimewa.
“Saya dah lihat gambar arwah abah, alhamdulillah abah senyum. Walaupun sedih tapi kami tahu abah istimewa dan ini rezeki abah,” luah Ieysa.
Menurut Iesya, arwah bapanya akan disolatkan di Masjid Nabawi sebelum dikebumikan dalam ihram selepas solat Jumaat di tanah Baqi’.
"Assalamualaikum sahabat, mohon sedekahkan Al-Fatihah buat abah kami, Sanny Toh Bin Abdullah yang telah menghadap Ilahi ketika dalam ihram di Madinah sebelum bertolak ke Makkah.
"Mohon ampun segala dosa, salah silap abah, jika ada terkasar bahasa, terguris hati, halalkan makan minum abah serta jika ada hutang, mohon dihalalkan atau hubungi saya," tambah Ieysa.
Selain itu, Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 35 tahun memaklumkan ibunya yang turut berangkat ke umrah bersama arwah abahnya dijangka pulang ke tanah air pada 14 Februari ini.
Sinar Harian
Fri Feb 09 2018
Pelukan terakhir Iesya Toh sebelum melepaskan arwah bapanya berangkat ke umrah. Foto Sinar Harian
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Bapa dikebumikan dalam ihram - Iesya Toh
Bapa pengacara Iesya Toh, Sanny Toh bin Abdullah, 65, telah meninggal dunia di Madinah selepas rebah dalam perjalanan menuju ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah, semalam.
Berang dilarang keluar rumah, lelaki belasah bapa guna buluh dan simen sehingga mati
Akibat berang dengan nasihat larangan keluar rumah, seorang lelaki bertindak pukul bapa kandung menggunakan buluh dan simen di bahagian muka sehingga mati.
Festival Kasut Antarabangsa Malaysia dijangka tarik 65k peminat
Festival Kasut Antarabangsa Malaysia (MISF) 2013 dijangka menarik 65,000 peminat kasut tempatan dan antarabangsa.