KUALA LUMPUR: Petani, penternak dan pengusaha akuakultur perlu berdaftar dengan Sistem Pendaftaran GeoAgro, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk mendapatkan bantuan tunai subsidi diesel melalui Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.
KPKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan petani, penternak dan pengusaha akuakultur yang layak, boleh mendaftar dengan Sistem Pendaftaran GeoAgro berkenaan di pautan https://geoagroregister.kpkm.gov.my sebelum membuat permohonan di Portal BUDI MADANI di pautan https://budimadani.gov.my.
Menurut kenyataan itu pada masa sama, subsidi dan insentif sedia ada kepada golongan nelayan dan pesawah akan terus dikekalkan.
"Bagi nelayan, kerajaan akan terus memberikan subsidi diesel pada harga RM1.65 seliter kepada kategori pemilik vesel perikanan Zon A, B dan C, tertakluk kepada kuota yang ditetapkan.
"Sebagai tambahan, Kerajaan juga bersetuju menambah baik kadar sedia ada bagi insentif pembajakan iaitu daripada RM100 per hektar per musim kepada RM160 per hektar per musim dan memperkenalkan insentif penuaian pada kadar RM50 per hektar per musim.
"Menerusi kenaikan kadar ini, pesawah terlibat akan menerima bayaran insentif pembajakan dan insentif penuaian sebanyak RM210 per hektar per musim," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan selain daripada bantuan tunai kepada pengusaha sektor pertanian, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut membantu syarikat sektor pertanian dengan pemberian 'fleet card' diesel bersubsidi kepada kenderaan pengangkutan yang layak di bawah Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) 2.0.
Ini termasuklah lori rigid hasil pertanian dan lori rigid kandang haiwan dan permohonan perlu dibuat melalui Sistem MySubsidi Diesel di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/.
Terdahulu hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan pelaksanaan BUDI MADANI susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas berhubung keputusan Jemaah Menteri untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel, di Semenanjung Malaysia.
Sehubungan itu, bagi membantu menstabilkan kos operasi sektor pertanian, kerajaan bersetuju menyediakan bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 di bawah inisiatif BUDI Agri-Komoditi kepada petani, penternak dan pengusaha akuakultur yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
Sebarang pertanyaan berkenaan bantuan tunai subsidi diesel sektor pertanian boleh diajukan kepada Bilik Gerakan KPKM di talian 03-8870 1207 / 1147, bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang pada hari bekerja atau emel kepada geoagroadmin@kpkm.gov.my.
Pemohon juga boleh hadir ke jabatan atau agensi KPKM yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat pengisian borang permohonan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024

Petani, penternak dan pengusaha akuakultur perlu berdaftar dengan Sistem Pendaftaran GeoAgro, KPKM untuk mendapatkan bantuan tunai subsidi diesel melalui BUDI MADANI di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Bantuan tunai subsidi diesel: Pengusaha sektor pertanian perlu berdaftar dengan GeoAgro
Pada masa sama, subsidi dan insentif sedia ada kepada golongan nelayan dan pesawah akan terus dikekalkan.