KUALA LUMPUR: Bantuan segera bagi membantu penoreh serta pekebun kecil getah dalam menangani musim panas antara isu yang akan dibincangkan di hari terakhir sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu akan dikemukakan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) kepada Kementerian Perladangan dan Komoditi pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).
Turut menjadi tumpuan ialah pertanyaan Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai langkah drastik untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan, susulan tindakan Vietnam yang mengambil langkah mengurangkan eksport beras mereka.
Isu El Nino dan impaknya terhadap bekalan makanan negara juga akan menjadi topik perbincangan hari ini, daripada soalan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) ketika sesi soal jawab yang mahu tahu langkah yang sedang direncana kerajaan bagi menangani isu itu.
Sementara itu, Cha Kee Chin (PH-Rasah) pula mahu tahu langkah kementerian dalam meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap pengambilan dos penggalak kedua bagi mengelakkan pembaziran vaksin COVID-19.
Selain itu, Kertas Putih Kesihatan dijangka dibentang hari ini selepas ia tidak sempat dibentang ketika sidang Dewan Rakyat semalam.
Kertas Putih Kesihatan itu yang merangkumi dasar komprehensif dalam mereformasikan sistem kesihatan untuk dilaksana secara berperingkat selama 15 tahun dijadual dikemukakan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa selepas beliau membentangkan Rang Undang-Undang Makanan (Pindaan) 2023 untuk bacaan kali pertama hari ini.
Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Parlimen Ke-15 (2023) berakhir hari ini setelah bersidang selama 11 hari bermula 22 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023

Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin akan bertanya kepada Kementerian Perladangan dan Komoditi mengenai bantuan segera untuk penoreh dan pekebun kecil getah dalam menangani musim panas. - Gambar hiasan/REUTERS

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Bantuan segera penoreh tangani musim panas dibincang di Dewan Rakyat hari ini
Kertas Putih Kesihatan dijangka dibentang hari ini selepas ia tidak sempat dibentang ketika sidang Dewan Rakyat semalam.

Pekebun kecil getah, pesawah, nelayan bersyukur dapat 'duit raya'
Bantuan berkenaan dapat membantu meringankan beban golongan itu dalam membuat persiapan menyambut lebaran.

Rezeki lumayan penoreh, jual pelbagai ubi pada musim tengkujuh
Antara ubi yang diusahakan pasangan penoreh getah itu ialah ubi kayu, badak, keledek dan kembili.

Bantuan Musim Tengkujuh RM69.9 juta untuk pekebun kecil Risda - PM
Ia sebagai usaha berterusan dilaksanakan kerajaan bagi memelihara kebajikan pekebun kecil yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada industri getah negara.

Perkeso cadang perluas caruman meliputi petani, penoreh dan nelayan
Sebelum ini beberapa golongan sahaja berpeluang mencarum dalam skim itu termasuk pemandu teksi, grab dan pemandu bas yang akan dikuatkuasakan mulai Julai depan.

Bayaran bantuan kepada pekebun kecil getah bukan pampasan - Alexander
Kerajaan memperuntukkan lebih RM200 juta bagi pembayaran wang bantuan kepada penoreh dan pekebun kecil getah di seluruh negara.