KUALA LUMPUR: Kerajaan Jepun telah menganugerahkan bantuan geran untuk Projek Akar Umbi Budaya Jepun (GCGP) berjumlah AS$76,063 (RM304,255) kepada Malaysia-Japan Research Centre (MJRC), Universiti Malaya.
Penyampaian geran disempurnakan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko dan Naib Canselor UM, Prof. Datuk Ir. Dr Mohd. Hamdi Abd. Shukor, di Bangunan Canselori, UM, pada Isnin.
Dalam ucapannya Takahashi berkata, GCGP menawarkan bantuan kewangan untuk menyokong pelaksanaan projek kebudayaan dan pendidikan tinggi yang dijalankan oleh pertubuhan seperti NGO, pihak berkuasa tempatan, agensi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi yang aktif di peringkat akar umbi.
"GCGP juga membantu merapatkan kerjasama antara Jepun dan negara lain dalam usaha mencapai persefahaman dan pertukaran budaya. UM merupakan penerima ketujuh sejak geran itu diperkenalkan pada tahun 2000.
“Geran kali ini diberikan untuk pembangunan kemudahan termasuk ruang gaya Jepun, dewan serbaguna, perpustakaan dan bilik penyelidikan untuk MJRC berfungsi sebagai pusat hab pengajian Jepun di Malaysia.
“Kerajaan Jepun berbesar hati kerana penyampaian geran akar umbi budaya ini bertepatan dengan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara Jepun dan Malaysia, dan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur.
Tambahnya lagi, Universiti Tsukuba, salah sebuah universiti terkemuka Jepun yang telah menghasilkan tiga penerima Hadiah Nobel, akan menubuhkan kampus luar negara pertamanya di bangunan yang sama dengan MJRC dan amat menghargai kepimpinan Dr Mohd. Hamdi, yang merupakan graduan Kejuruteraan dari Universiti Kyoto.
Takahashi juga merakamkan penghormatan kepada UM yang telah memainkan peranan penting dalam pendidikan tinggi di Malaysia dengan menawarkan pelbagai pilihan kursus kepada pelajar, serta menubuhkan banyak organisasi berkaitan Jepun seperti MJRC, Ambang Asuhan Jepun (AAJ), Program Pengajian Jepun di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dan Program Bahasa Jepun di Fakulti Bahasa dan Linguistik.
Madiha Abdullah
Mon Mar 28 2022

Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko dan Naib Canselor UM, Prof. Datuk Ir. Dr Mohd. Hamdi Abd. Shukor. - Foto Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).

Bantuan geran GCGP pererat kerjasama Malaysia-Jepun
GCGP juga membantu merapatkan kerjasama antara Jepun dan negara lain dalam usaha mencapai persefahaman dan pertukaran budaya.

Beri projek pada adik ipar: Guru besar didakwa rasuah
Tertuduh didakwa salah guna posisinya sebagai guru besar sebuah sekolah rendah di Beluran.