KUALA LUMPUR: Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
SME Corp Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam kenyataan memaklumkan program itu dilaksanakan bagi menggalakkan belia Bumiputera berumur 18 antara hingga 30 tahun menceburi bidang perniagaan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick ketika berucap pada Majlis Penutupan Program TUBE-X Zon Sabah pada Ahad berkata, sehingga Disember tahun lepas, Sabah mencatatkan penyertaan tertinggi program itu dengan 1,444 usahawan (18.66 peratus) daripada 7,738 peserta TUBE yang mengambil bahagian.
"Peserta Alumni TUBE Sabah juga berjaya mewujudkan sebanyak 2,039 peluang pekerjaan di Sabah dengan nilai jualan perniagaan terkumpul sebanyak RM20.65 juta," katanya.
Menurut Ewon, selepas tiga tahun pelaksanaan program TUBE secara dalam talian akibat pandemik COVID-19, program itu kembali diadakan secara bersemuka tahun ini agar tempoh pengajaran dan latihan keusahawanan dapat dimaksimumkan dan secara tidak langsung mewujudkan jaringan sesama peserta.
Program TUBE-X yang menawarkan latihan keusahawanan menyeluruh itu turut dilaksanakan di zon utara, pantai timur, tengah/selatan dan Sarawak dengan menyediakan bantuan geran permulaan perniagaan sehingga RM15,000 kepada setiap peserta yang berjaya menamatkan latihan.
Program berbentuk latihan asas keusahawanan sempena tahun ke-10 penganjurannya itu, dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) selama tujuh hari bermula 6 Mei lepas.
Ewon berkata, program itu turut membantu peserta membuat perancangan perniagaan berdasarkan minat dan peluang persekitaran, menanam semangat keusahawanan belia bumiputera dan memupuk daya tahan serta jati diri golongan itu.
Beliau berkata, sebagai kesinambungan kepada usahawan yang baru bermula, SME Corp Malaysia turut menyediakan geran sehingga RM500,000 menerusi Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) bagi meningkatkan produktiviti dan keupayaan perniagaan.
"Sehingga 30 April lepas, sebanyak 868 permohonan diluluskan berjumlah RM105.11 juta sejak dilaksanakan mulai tahun 2021. Daripada jumlah itu, 32 PMKS (Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana) dari Sabah telah diluluskan geran sebanyak RM5.30 juta.
"Selain itu, sebanyak 74 usahawan Mikro Sabah mendapat kelulusan geran sebanyak RM5.87 juta di bawah Program Mikro MADANI," katanya.
Ewon berkata, peserta usahawan belia Bumiputera juga boleh menambah modal kerja perniagaan melalui pembiayaan mudah secara digital menerusi Program Tunas-i yang dikendalikan SME Corp dengan kerjasama Funding Societies (Modalku Venture Sdn Bhd).
Sementara itu, Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berharap pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh daripada Program TUBE-X dapat membantu usahawan belia bumiputera meningkatkan daya kreativiti dan ketahanan seterusnya melakukan inovasi dalam perniagaan masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy berkata, sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam pembangunan PMKS di Malaysia, tumpuan akan diberikan dalam membangunkan usahawan belia bumiputera sejajar aspirasi kerangka Ekonomi MADANI yang lebih saksama dan inklusif.
"Kami komited dalam memantau perkembangan setiap peserta TUBE-X yang tamat latihan dan memulakan perniagaan yang merupakan antara komponen utama dalam membimbing usahawan ke tahap yang lebih baik," katanya.
Majlis rasmi penutupan Program TUBE-X 2024 dijadualkan bersempena penutupan zon tengah/selatan pada 11 Jun di sini dan secara keseluruhan seramai 800 peserta belia Bumiputera berjaya dilatih di seluruh negara pada tahun ini. - BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Ewon berkata, program itu turut membantu peserta membuat perancangan perniagaan berdasarkan minat dan peluang persekitaran, menanam semangat keusahawanan belia Bumiputera dan memupuk daya tahan serta jati diri golongan itu. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).