KUALA LUMPUR: Projek perintis Program PRIHATIN Kasih bagi menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar telah digerakkan pada 1 Julai lalu melibatkan negeri Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, peruntukan sebanyak RM100 juta melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) itu memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara.
Program bantuan barangan dapur itu disalurkan secara tanpa tunai melalui penggunaan MyKad.
"Keluarga yang menerima PRIHATIN Kasih telah dipilih daripada keluarga miskin bandar, dengan mengambil kira pangkalan data dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan e-Kasih yang seterusnya disemak silang dengan pengkalan data BPR.
"PRIHATIN Kasih melibatkan bantuan bulanan sebanyak RM100 untuk tiga bulan yang boleh digunakan untuk pembelian barangan makanan asas seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya berdasarkan pilihan isi rumah.
"Program PRIHATIN Kasih ini melibatkan lebih daripada 300 rantaian pasar raya dan kedai di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit," demikian menurut kementerian tersebut, hari ini.
Jelas kementerin itu lagi, bantuan tersebut melibatkan bayaran bulanan sebanyak RM100 untuk tiga bulan yang boleh digunakan untuk pembelian barangan asas.
Selepas Selangor dan Kuala Lumpur, fasa kedua akan dilaksanakan pada Ogos ini yang melibatkan negeri Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka serta Terengganu,
Sementara itu, fasa seterusnya melibatkan Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak yang dijangka pada September hingga Oktober.
Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima.
Astro Awani
Mon Jul 05 2021
![Bantuan barang dapur golongan miskin bandar digerakkan di Selangor, KL - Kementerian Kewangan Bantuan barang dapur golongan miskin bandar digerakkan di Selangor, KL - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622111835_KementerianKewangan.jpg)
Kementerian Kewangan memaklumkan, peruntukan sebanyak RM100 juta melalui Pemerkasa itu memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara. - Gambar fail BERNAMA
![Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721193528_tbIstiadatPertabala.jpg)
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai dinasihat tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di Jalan Sultan Abdul Halim pada Jumaat dan Sabtu ini.
![Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721192211_SyedHussinDewanR.jpg)
Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai khususnya warga kota dinasihatkan agar tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim pada pagi Jumaat dan Sabtu ini.
Jangan 'shoot down' idea P-turn - Menteri Kerja Raya
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi minta YB Stampin, Chong Chieng Jen tidak 'shoot down' idea P-turn di Lebuhraya Pan Borneo yang beri kemudahan kepada pengguna.
#AWANInews
#AWANInews
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
![Dari 'bandar pencen' ke pelancongan, Ipoh perlu keluar dari kepompong miskin bandar Dari 'bandar pencen' ke pelancongan, Ipoh perlu keluar dari kepompong miskin bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719534321_BandarrayaIpoh.jpg)
Dari 'bandar pencen' ke pelancongan, Ipoh perlu keluar dari kepompong miskin bandar
Rumaizi berkata, Ipoh antara bandar raya yang penduduknya berpendapatan rendah.
![Raja Permaisuri Agong sampai sumbangan Aidiladha kepada 500 miskin bandar Raja Permaisuri Agong sampai sumbangan Aidiladha kepada 500 miskin bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718275114_RajaZarithSofiah.jpg)
Raja Permaisuri Agong sampai sumbangan Aidiladha kepada 500 miskin bandar
Raja Permaisuri Agong berkenan menyampaikan sumbangan kotak makanan dan wang tunai kepada 500 penerima miskin bandar.
![Isu kemiskinan, peniaga kecil keutamaan majukan Wilayah Persekutuan - Dr Zaliha Isu kemiskinan, peniaga kecil keutamaan majukan Wilayah Persekutuan - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702608230_TBZALIHAMUSTAFA.jpg)
Isu kemiskinan, peniaga kecil keutamaan majukan Wilayah Persekutuan - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata antara fokus beliau adalah membawa misi dan visi yang sebelum ini dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
!['Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar' 'Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696936315_TBMohdShuhaily.jpg)
'Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar'
Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.
![Isu miskin bandar: Polisi dan program kerajaan perlu berkesan bantu golongan rentan - Pakar Isu miskin bandar: Polisi dan program kerajaan perlu berkesan bantu golongan rentan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674218461_Duitjutakela.jpg)
Isu miskin bandar: Polisi dan program kerajaan perlu berkesan bantu golongan rentan - Pakar
Setiap program yang dilakukan selama ini perlu dinilai semula keberkesanannya dalam membantu golongan rentan.
![PM bertemu wakil rakyat Wilayah Persekutuan bincang usaha tangani masalah miskin bandar PM bertemu wakil rakyat Wilayah Persekutuan bincang usaha tangani masalah miskin bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671702865_ANWARIBRAHIM.jpg)
PM bertemu wakil rakyat Wilayah Persekutuan bincang usaha tangani masalah miskin bandar
Tekad utama pentadbiran kerajaan ketika ini adalah usaha untuk membantu meringankan beban hidup rakyat.
![Miskin bandar: Program MBI diteruskan selepas pandemik COVID-19 Miskin bandar: Program MBI diteruskan selepas pandemik COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51622442176_RumaiziBaharin.jpg)
Miskin bandar: Program MBI diteruskan selepas pandemik COVID-19
Selain bantuan makanan kepada golongan yang terkesan dengan COVID-19, MBI berusaha membuka dan mencari peluang pekerjaan.
![COVID-19: Fokus golongan miskin bandar mengejut - Datuk Bandar Ipoh COVID-19: Fokus golongan miskin bandar mengejut - Datuk Bandar Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625555245_MajlisBandarayaIpo.jpg)
COVID-19: Fokus golongan miskin bandar mengejut - Datuk Bandar Ipoh
Miskin bandar mengejut bermaksud sebelum ini ada kerja atau punca pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan, namun, kini semuanya lenyap apabila dibuang kerja atau tidak boleh berniaga.
![Jejak Prihatin: 1,400 sukarelawan digerak santuni golongan miskin di ibu kota Jejak Prihatin: 1,400 sukarelawan digerak santuni golongan miskin di ibu kota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625315444_annuarmusa.jpg)
Jejak Prihatin: 1,400 sukarelawan digerak santuni golongan miskin di ibu kota
Kementerian Wilayah Persekutuan akan menggerakkan kira-kira 1,400 sukarelawan dan 1,000 ahli Majlis Perwakilan Penduduk bagi menyantuni lebih 7,000 keluarga miskin di ibu negara.
![COVID-19: Pusat saringan pandu lalu dirancang buat warga Wilayah Persekutuan COVID-19: Pusat saringan pandu lalu dirancang buat warga Wilayah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620060023_TanSriAnnuarMusa.jpg)
COVID-19: Pusat saringan pandu lalu dirancang buat warga Wilayah Persekutuan
Dua pusat ujian saringan secara pandu lalu sedang dirancang sebagai inisiatif tambahan kepada saringan komuniti secara percuma di kawasan perumahan awam dan PPR yang dijangka bermula 7 Jun ini.