Bank Dunia memuji tindakan Malaysia menaikkan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kepada RM2,208 berbanding RM980 baru-baru ini yang disifatkan dapat membantu kerajaan memastikan semua rakyat mencapai standard kehidupan minimum baharu yang lebih konsisten dengan keadaan semasa.
Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Kenneth Simler berkata kaedah atau metodologi garis kemiskinan Malaysia sebelum ini juga tidak dikemas kini sejak 2005 dan nilai sebenarnya tidak berubah sejak dirangka pada 1977.
Malah, katanya, ini turut menunjukkan bahawa kesukaran serta kekurangan sebelum ini yang dianggap sebagai tidak bernasib baik serta diterima secara sosial, sebenarnya tidak lagi sesuai pada 2020.
"Peningkatan garis dan kadar kemiskinan itu daripada 0.4 peratus (pada 2016) kepada 5.6 peratus (2019) tidak bermakna bahawa masalah itu telah meningkat atau rakyat Malaysia lebih miskin berbanding hari sebelum pengumuman (PGK) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Sebaliknya, perbezaan kiraan PGK mengikut setiap isi rumah itu bergantung kepada bilangan mereka yang tinggal bersama serta kos asas barangan dan perkhidmatan di peringkat tempatan yang berbeza di serata Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Simler, dasar-dasar untuk mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan perkongsian kemakmuran Malaysia secara lebih ketara akan lebih berkesan sekiranya turut menumpukan perincian dalam metodologi garis kemiskinan tersebut.
Sehubungan itu, apa yang perlu diutamakan adalah memastikan bahawa bantuan terbabit disalurkan kepada kelompok yang paling memerlukannya manakala dana kerajaan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
"Ini boleh dicapai dengan menyesuaikan aspek syarat kelayakan dan manfaat dengan ciri-ciri yang mungkin dilihat mudah namun penting seperti bilangan ahli keluarga dan apakah mereka menetap di kawasan yang dikelaskan sebagai bernilai tinggi atau sebaliknya," katanya.
Simler berkata ukuran kemiskinan baharu itu juga dapat digunakan seiring dengan petunjuk pendapatan relatif, pemantauan dan penilaian dasar-dasar serta program meningkatkan kesejahteraan golongan memerlukan di Malaysia.
Menurutnya, berbanding semakan semula gaji minimum berdasarkan PGK baharu, langkah paling mampan untuk keluar daripada kemiskinan serta pendapatan rendah adalah memastikan penduduk miskin mempunyai akses terhadap pekerjaan yang menawarkan gaji lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 17 2020
Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Kenneth Simler berkata kaedah atau metodologi garis kemiskinan Malaysia sebelum ini juga tidak dikemaskini sejak 2005 dan nilai sebenarnya tidak berubah sejak dirangka pada 1977. - Foto Astro AWANI
Tanda retak politik Filipina? Naib Presiden Sara Duterte dakwa Marcos tidak cekap
Sara Duterte mendakwa, Ferdinand Marcos Jr menjalankan pentadbirannya tanpa perancangan jelas.
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.
6 bank Itali jadi mangsa serangan siber
Enam bank utama Itali mendakwa menjadi mangsa serangan siber kumpulan penggodam pro-Rusia dikenali NoName057(16), lapor Sputnik memetik media Itali pada Selasa.