Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata penangguhan pinjaman agensi di bawah kementeriannya itu adalah langkah penting bagi membantu usahawan terbabit memulihkan kembali perniagaan mereka yang terjejas.
"Peminjam ini yang terjejas akibat banjir, nyawa mesti diselamatkan keperluan segera seperti makanan, sanitasi dan sebagainya itu perlu dan bagi kementerian ini, kami tangguhkan bayaran balik pinjaman supaya mereka juga boleh uruskan hal berkaitan bencana.
"Menjadi dasar kementerian, untuk membantu usahawan terlibat antaranya dengan menangguhkan bayaran balik pinjaman ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Krismas kementerian itu di sini hari ini.
Ewon berkata kementeriannya melalui Suruhanjaya Koperasi akan mewujudkan tabung bencana tidak lama lagi bagi membantu koperasi yang terjejas akibat bencana itu.
-- BERNAMA