TNB dalam satu kenyataan berkata, penutupan bekalan itu bermula jam 10 malam Isnin.
"Langkah itu bagi memastikan keselamatan para pengguna," kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, antara kawasan terlibat ialah Banggol Kulim, Kubang Rambutan, Degong, Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Pauh, Padang Nyior, Tanjung Erat, SK Lubuk Setol, Air Teniat, Gual Tambun, Balai Polis Lubok Setol, Pondok Gual Dalam, Lubuk Setol, Mountain Ore, Kampung Rahmat, Sekolah Kampung Rahmat dan Limau Purut.
"Jika banjir semakin bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat," kata kenyataan itu.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian