KUALA LUMPUR: Situasi banjir di tiga negeri semakin pulih dengan hanya 114 mangsa masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini berbanding 1,122 orang di 13 PPS, tengah hari tadi.
Berdasarkan laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 26 orang dan berlindung di satu PPS iaitu di Pasir Mas berbanding 1,034 orang yang berada di sembilan PPS tengah hari tadi.
Di Pahang, bilangan mangsa banjir kekal 34 orang yang berlindung di dua PPS di Maran, manakala satu PPS yang menempatkan 87 mangsa insiden tanah runtuh di Cameron Highlands telah ditutup.
Jumlah mangsa banjir di Johor pula tidak berubah dengan 54 orang masih berada di dua PPS di Segamat setakat 4 petang.
Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati dua sungai berada pada paras bahaya meliputi Sungai Golok di Pasir Mas, Kelantan yang merekodkan 9.28 meter (m) dengan trend menurun dan Sungai Arau di Arau, Perlis (23.57m dengan trend menurun).
Laporan itu juga menyatakan terdapat 27 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan akibat tanah runtuh.
Jalan terlibat antaranya termasuk Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kluang, Johor; Jalan Sungai Sok-Chucuh Puteri, Kuala Krai di Kelantan; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik, Hulu Perak di Perak; dan Jalan Kuala Lumpur-Bentong (Jalan Lama Bentong) di Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024
Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 26 orang dan berlindung di satu PPS iaitu di Pasir Mas berbanding 1,034 orang yang berada di sembilan PPS tengah hari tadi. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Sistem hebahan amaran awal banjir menerusi SMS diwujudkan - NADMA
Sistem hebahan diwujudkan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan syarikat telekomunikasi antaranya CelcomDigi, Maxis dan UMobile.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE - TPM Ahmad Zahid
pengalaman emiriah arab bersatu (uae) dalam menangani cabaran bencana dan krisis agak kompleks berbanding bencana yang kerap berlaku di malaysia seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu akibat kemarau
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
Taufan Tropika Trami: Malaysia hulur bantuan kemanusiaan dan bencana ke Filipina
Malaysia menghulurkan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) kepada Filipina susulan taufan Tropika Trami yang menjejaskan puluhan ribu penduduk negara itu.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak kekal, Selangor berkurang
Di Selangor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 25 orang daripada lapan keluarga pagi ini dan ditempatkan di dua PPS.
Jumlah mangsa banjir di Perak, Selangor catat penurunan, Kedah kekal
Jumlah mangsa banjir di Perak dan Selangor mencatat penurunan kepada 573 mangsa malam tadi berbanding 713 orang petang semalam.
Hampir 4,000 mangsa banjir masih ditempatkan di 27 PPS
Sebanyak 3,848 mangsa banjir masih berlindung di 27 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri yang terjejas setakat 8 pagi ini.
Mangsa banjir berkurangan petang ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 3,411 mangsa petang ini berbanding 3,880, pagi tadi.
Seramai 3,880 mangsa banjir masih berada di 28 PPS setakat pagi ini
Menurut laman sesawang rasmi Public Info Banjir, paras air di Sungai Bernam melebihi tahap bahaya manakala di Sungai Langat di Kuala Langat melebihi tahap waspada.