KUALA LUMPUR :Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak mengakui ada bantuan yang dihulurkkan pihaknya lambat diterima oleh mangsa banjir.
Ini jelasnya berdasarkan beberapa faktor termasuk pusat pemindahan sementara (PPS) yang sedang dibangunkan turut tenggelam selain masalah terputus hubungan dengan pihak luar.
"Kami mengakui memang ada bantuan yang sampai lambat ini kerana beberapa sebab yang pertama adalah di sesetengah tempat, pusat pemindahan sementara yang dibangunkan tenggelam.
"Ada juga kawasan yang sebelum ini tidak pernah banjir, tetapi kali ini banjir jadi kita terpaksa mendirikan PPS sementara menggunakan khemah.
"Saya akui juga usaha kami untuk menghulurkan bantuan ke Pulau Raya, Temerloh juga mengambil masa sehingga 12 jam kerana berlaku masalah terputus hubungan," jelasnya menerusi program Awani PAGI pada Sabtu.
Sebagai usaha membantu mangsa banjir yang terjejas, Sallehuddin menjelaskan tiga pelan pemulihan yang merangkumi pelan jangka pendek, sederhana dan panjang.
Antara bantuan yang akan diberikan termasuk kerahan tenaga kerja bagi kerja-kerja pembersihan dan tempat tinggal sementara buat mereka yang kehilangan kediaman.
"Bagi pelan jangka pendek, bantuan kecemasan pasca banjir di kawasan yang sudah surut seperti di Lipis dan Raub yang kebanyakan penduduk telah kembali ke rumah masing-masing dan tindakan pertama telah digerakkan termasuk kerja-kerja pembersihan kediaman.
"Kedua, pasca banjir pastinya timbul kebimbangan pembawaan penyakit. Jadi kita juga sudah gerakkan pasukan dan agensi yang terlibat untuk memastikan orang ramai mendapat bekalan air yang bersih," ujarnya.
Sementara itu, jelas Salehuddin yang juga Pengerusi Bencana Negeri Pahang, pelan jangka sederhana pula merangkumi menyediakan kediaman sementara buat mereka yang hilang kediaman atau mengalami kerosakan teruk.
"Ketika ini pihak kami dalam proses mendaftarkan mangsa yang hilang rumah dan pastikan mereka menetap di penginapan yang kita sediakan.
"Bagi yang kediamannya rosak juga kami sedang mengumpul maklumat dan kami akan berikan bantuan sedaya upaya kami," ujarnya.
Malah bagi pelan jangka panjang, Salehuddin memaklumkan kerajaan negeri sudah bermesyuarat dan bersetuju untuk mengaktifkan jawatankuasa pra bencana bagi pemulihan ekonomi.
Tonton program penuh bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak menerusi video di bawah;
Nursyazwani Saiful Sham
Sat Jan 09 2021
Sebagai usaha membantu mangsa banjir yang terjejas, Sallehuddin menjelaskan tiga pelan pemulihan yang merangkumi pelan jangka pendek, sederhana dan panjang. - Gambar fail
Empat cedera dalam insiden tembakan dan tikaman di Lapangan Terbang Phoenix pada malam Krismas
Polis terima panggilan mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Pantau Belanjawan: Di mana dan ke mana hala tuju reformasi pendidikan Malaysia?
Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang disiapkan pada 2019 perlu dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada reformasi pendidikan pasca 2025. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Anuar Ahmad menekankan kepentingan laporan ini dalam merangka reformasi pendidikan pasca 2025. Isu kritikal seperti jurang digital, kesenjangan pembelajaran, dan cabaran pasca-pandemik akan dibincangkan untuk memahami bagaimana JKD dapat kekal relevan dalam memastikan pendidikan terus berdaya maju.
Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, malam tadi.
AWANI Ringkas: Daerah Miri, Subis, Beluru dan Marudi antara kawasan terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fakta Tsunami 2004
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta Tsunami 2004.
Manmohan Singh, Arkitek ekonomi India, meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
PPS Bubul Ria dibuka tempatkan mangsa ribut di Semporna
PPS itu akan menempatkan penduduk terjejas dari empat kampung iaitu Kampung Selamat, Kampung Seri Aman, Kampung Sejati serta Kampung Batu.
Kes rogol dilaporkan berlaku di PPS Kelantan semasa banjir
Lelaki terbabit ditahan pada 6 Disember lalu dan dikenakan perintah tahanan reman selama enam hari bagi membantu siasatan.
Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Banjir di Johor pulih sepenuhnya susulan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat ditutup 6 petang tadi.
Banjir: Mangsa di Johor kekal 36 orang pagi ini
Semua mangsa ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat, yang dibuka sejak 29 Nov lepas.
Mangsa banjir di Johor kekal 36 orang petang ini
Kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.
Banjir: Kerajaan akan ambil kira kawasan selamat dan tinggi untuk bina sekolah baharu
Kerajaan akan mengambil kira kawasan yang selamat dan tinggi bagi pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan sebagai langkah memastikan bangunan sekolah kekal kondusif dan selamat.
Banjir: Jumlah mangsa di Johor kekal 36 orang setakat 8 pagi
Kesemua mangsa masih ditempatkan di satu-satunya PPS yang aktif di Segamat, iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.