230 penduduk melibatkan 29 pintu Rumah Panjang Austin Ekau, di Song terjejas apabila kawasan laluan masuk ke rumah berkenaan dilanda banjir sejak awal pagi tadi.
Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, hujan lebat sejak semalam mengakibatkan air melimpah masuk ke kawasan berkenaan.
“Setakat jam 2 petang hari ini, paras air di rumah panjang berkenaan pada paras 60 sentimeter dan menyebabkan jalan raya menuju ke rumah panjang berkenaan tidak dapat dilalui.
“Trend paras air pula telah menunjukkan penurunan sedikit berbanding pagi tadi”, jelas JPBM menerusi satu kenyataan media pada Isnin.
Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya jam 3 petang tadi berkongsi maklumat mutakhir kawasan terjejas banjir di Kapit.
Kawasan berkenaan ialah Kampung Baru, Rumah Panjang John Anak Ramba Kampung Muhibah di Bleteh.
Selain Kapit, banjir turut melanda Daerah Kanowit melibatkan beberapa kawasan antaranya Pasar Kanowit, Rumah Panjang Salleh Ng Kabah dan Jalan Rantau Keminding.
Setakat jam 3 petang ini pembukaan pusat pemindahan mangsa banjir dilaporkan.
Lynch Cowan
Mon Sep 07 2020
JBPM Sarawak meninjau keadaan di sekitar Rumah panjang Austin Ekau yang dinaiki air. - Foto JBPM Sarawak
Kumpulan fokus tumpu enam bidang tambah baik CPI Malaysia - Azam Baki
Kumpulan fokus yang baru ditubuhkan bakal memberikan tumpuan kepada enam bidang bagi menambah baik Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia.
Wanita Palestin mohon maaf cetus kekecohan
Seorang wanita Palestin yang terlibat dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil memohon maaf dan mengakui turut menyesal dengan tindakan dilakukan.
Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza memandangkan sudah seminggu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.
Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza memandangkan sudah seminggu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.
VEP: Jumlah kenderaan dari Singapura ke Malaysia kembali normal - Loke
Jumlah kenderaan dari Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Linkedua kembali normal susulan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP).
Elon Musk sertai kempen Trump di Butler
Calon presiden Parti Republikan Donald Trump pada Sabtu membawa bilionair teknologi Elon Musk ke pentas kempen pilihan raya ketika bekas presiden itu kembali ke Butler.
AWANI Ringkas: Lebih RM260 juta Projek Tebatan Banjir Sibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Harga mikrofon pertama Shila Amzah sama seperti beli kereta Malaysia
Shila memberitahu itu buat pertama kali dia membeli mikrofon pertama selepas berpuluh tahun menapak di dalam industri seni.
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir Sibu - TPM Fadillah
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu.
Kerajaan Madani tidak lari dari landasan perlembagaan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak akan mengubah ketetapan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana didakwa oleh pembangkang.
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
AWANI Ringkas: Golongan elit fobia bahasa kebangsaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir sekat laluan masuk ke Rumah Panjang Austin Ekau
Hujan lebat sejak Ahad mengakibatkan air melimpah ke beberapa kawasan di Song.