KUCHING:Situasi banjir Sarawak menampakkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mula berkurangan tengah hari ini.

Setakat jam 12 tengah hari, jumlah mangsa menurun kepada 3,780 orang berbanding 4,247 mangsa jam 8 pagi tadi.

Jumlah PPS yang masih dibuka juga berkurangan daripada 51 kepada 43 buah.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kemaskini jam 12 tengah hari ini memaklumkan mangsa banjir di Kuching kini tinggal 2,672 orang melibatkan 693 keluarga di 31 PPS.

PPS Batu Kawa 38 Commercial Center mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 228 orang dari 48 keluarga.

Bahagian Serian pula  kekal dengan 10 PPS yang menempatkan 1,068 mangsa daripada 310 keluarga.

Samarahan dan Miri masing masing tinggal satu PPS. Samarahan dengan 29 mangsa melibatkan tujuh keluarga sementara Miri dengan tujuh mangsa dari satu keluarga.

Maklumat berkaitan mangsa banjir di Sarawak setakat 12 tengah hari tadi. - APM Sarawak