PASIR MAS: "Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga," itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan enam penduduk Kampung Tersang, Rantau Panjang, di sini apabila mereka bukan sahaja ditimpa banjir, bahkan turut kehilangan tempat berteduh.
Che Hasniza Che Omar, 45, berkata hatinya luluh apabila mengetahui rumah pusaka miliknya yang diduduki lebih 27 tahun musnah dibawa arus deras Ahad lepas, iaitu ketika beliau berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh.
"Saya sekeluarga berpindah ke PPS pada petang Sabtu selepas air mula memasuki kawasan penempatan kami.
"Semalam, saya pulang untuk melihat keadaan rumah dengan harapan rumah saya tidak dihanyutkan, namun setelah melihat depan mata, saya berasa sangat sedih kerana rumah pusaka yang didiami lebih 27 tahun hanyut dibawa arus sejauh 200 meter dari tapak asal," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Tersang, di sini pada Selasa.
Ibu kepada enam orang anak itu berkata beliau sekeluarga kini buntu mencari tempat berteduh kerana pendapatan bulanan mereka tidak mencukupi untuk membina rumah sendiri dalam masa terdekat.
Seorang lagi penduduk yang mengalami nasib sama, Mohd Huraini Mohd, 40, pula berharap pihak kerajaan atau mana-mana agensi sudi tampil membantu membina rumah untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal.
"Ini merupakan banjir terburuk setakat ini sehingga menghanyutkan rumah saya, malah rata-rata penduduk mendakwa antara punca kejadian ini adalah disebabkan pembinaan benteng projek tebatan banjir di Kampung Lanchang Fasa Satu yang menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik," katanya.
Sementara itu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Jefny Muhammad ketika diminta mengulas mengenai dakwaan itu, berkata pihaknya akan berbincang dengan lebih teliti mengenai pembinaan tebatan berkenaan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
"Kita akan mengadakan mesyuarat MKN negeri Khamis ini dengan beberapa agensi yang akan dipengerusikan Menteri Besar dan akan meminta JPS untuk membentangkan kaedah bagi mengatasi masalah itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
Penduduk di Kampung Tersang, Rantau Panjang Ramlah Mohd, 63, menunjukkan rumah milik adiknya Mohd Huraini Muhammad, 40, yang hanyut dibawa arus deras susulan kejadian banjir pada Ahad lalu. - fotoBERNAMA
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat lima sen kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.
IPO Oriental Kopi dilebih langgan hampir sembilan kali
Tawaran awam permulaan syarikat itu, yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 23 Januari depan, menarik minat runcit bernilai RM1.61 bilion.
Dagangan saham MAHB demi mencapai sasaran dividen, kata KWSP
KWSP berkata, tawaran pembelian saham MAHB melalui konsortium baru-baru ini juga selaras dengan perancangan jangka panjangnya untuk mencapai pertumbuhan dan pulangan yang mampan.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Banjir Kanowit: Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras
Mangsa seorang lelaki, dikatakan hendak pulang ke rumah sewanya untuk makan tengah hari dengan berenang, kerana keadaan sungai yang banjir.
Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini berbanding malam tadi manakala sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak, selain situasi di Perak tidak berubah.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.
Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat malam ini
Di Johor, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,869 orang setakat 8 malam ini berbanding 3,779 orang yang direkodkan petang tadi.
Luruan monsun: Hujan lebat berterusan mulai Rabu
Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah serta selatan dan barat Sarawak, bermula Rabu ini hingga 18 Jan.