Peruntukan RM1.8 juta disediakan untuk menyiapkan stok bekalan bantuan banjir di Terengganu bagi menghadapi musim tengkujuh akan datang, kata Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya.
Beliau berkata, stok bekalan barangan keperluan itu sedang dalam proses pengedaran ke 142 stor pangkalan hadapan dan 20 depot mini di seluruh negeri.
Antara lain, daerah Hulu Terengganu mempunyai stor pangkalan hadapan terbanyak di 50 lokasi diikuti Setiu (24), Kemaman dan Besut (masing-masing 18), Marang (16) dan Dungun (14).
"Setakat ini, 553 pusat pemindahan termasuk sekolah, dewan orang ramai, balai raya dan pusat komuniti untuk penduduk terjejas banjir disediakan dengan kemampuan menampung kapasiti 131,875 orang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri di sini pada Rabu.
Menurut Jabatan Meteorologi, fenomena Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula awal November 2018 sehingga Mac tahun depan yang akan menyebabkan banjir di kawasan berisiko di Terengganu seperti kawasan berhampiran sungai dan kawasan rendah.
Mengulas lanjut, A. Rahman berkata 2,293 anggota daripada enam jabatan dan agensi kerajaan akan bertugas sepanjang bencana itu merangkumi 820 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (657), Angkatan Pertahanan Awam Terengganu (422), RELA (252), Angkatan Tentera Malaysia (120) serta Agensi Penguatkuasaan dan Maritim Malaysia (22).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 26 2018

Stok bekalan barangan keperluan sedang dalam proses pengedaran ke 142 stor pangkalan hadapan dan 20 depot mini di seluruh negeri. - Gambar hiasan

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.

Banjir: RM1.8 juta persediaan bekalan bantuan di Terengganu
Setakat ini, 553 pusat pemindahan termasuk sekolah, dewan orang ramai, balai raya dan pusat komuniti untuk penduduk terjejas banjir disediakan dengan kemampuan menampung kapasiti 131,875 orang.