IPOH: Punca banjir kilat yang berlaku di sekitar Perak baru-baru ini adalah lebih kepada taburan hujan yang sangat lebat ataupun luar biasa, kata Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Ahmad Shahrir Md Naziri.
Beliau berkata pihaknya mendapati terdapat kejadian banjir yang mengalami taburan hujan melampaui 50 skala purata ulangan (ARI), iaitu satu bacaan sangat besar bagi kejadian banjir yang berlaku untuk sungai-sungai kecil.
"Apa yang berlaku di sekitar negeri Perak, kebanyakan kejadian banjir berlaku di kawasan sungainya yang masih lagi tidak lebar dan kapasiti kebiasaannya yang boleh ditampung oleh sungai itu adalah lebih kurang dalam dua sehingga lima ARI sahaja.
"Jadi kami laksanakan pelbagai kaedah untuk perkara ini dan untuk makluman, program persediaan menghadapi banjir telah pun dilaksanakan lebih awal, program tersebut dapat dijalankan dengan lancar, cuma agak sedikit mengejutkan kerana ada sesetengahnya berlaku (kawasan banjir) semasa proses pembinaan masih lagi berjalan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Terdahulu, beliau hadir pada program Sambutan Hari Sungai Sedunia 2023 Peringkat Negeri Perak dan Pelancaran Sahabat Lembangan Sungai Kinta (FOKRB) yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Ahmad Shahrir berkata pihaknya sedang melaksanakan kerja-kerja persediaan banjir itu dan mana-mana projek yang kini dalam pelaksanaan, satu arahan untuk mempercepatkannya telah pun dikeluarkan supaya ia dapat disiapkan lebih awal.
Setakat pagi tadi, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada seramai 38 orang berbanding 35 mangsa daripada lapan keluarga semalam, dan masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak di daerah Kerian.
Sementara itu, Mohammad Nizar berkata FOKRB ditubuhkan pada tahun lepas dan mempunyai 40 ahli daripada 17 kumpulan komuniti atau organisasi tempatan di sekitar Tadahan Sungai Kinta.
"Ahli-ahli sabahat ini telah diperkasakan dalam penjagaan kesihatan Sungai Kinta, sekali gus menjadi mata dan telinga bagi agensi dan jabatan kerajaan untuk menjaga serta melaporkan sebarang pencemaran yang berlaku," katanya.
Pada majlis hari ini, FOKRB, kumpulan komuniti dan JPS daerah Kinta turut diberikan sijil penghargaan dan kit pemantauan sungai untuk bantu melaksanakan aktiviti penjagaan serta pemantauan sungai di kawasan masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023
![Banjir kilat di Perak akibat taburan hujan luar biasa Banjir kilat di Perak akibat taburan hujan luar biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695382489_banjirperak.jpg)
Punca banjir kilat yang berlaku di sekitar Perak baru-baru ini adalah lebih kepada taburan hujan yang sangat lebat ataupun luar biasa. - Foto Astro AWANI
![Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.
![Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024 Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720360503_TBSkuasy.jpg)
Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024
Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar juara beregu wanita Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024.
![Program MADANI Rakyat Zon Timur catat jumlah pengunjung tertinggi Program MADANI Rakyat Zon Timur catat jumlah pengunjung tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350205_TBMadani.jpg)
Program MADANI Rakyat Zon Timur catat jumlah pengunjung tertinggi
Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan melabuhkan tirai hari ini dengan mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi dalam tiga siri penganjurannya iaitu jumlah pengunjung me
AWANI 7:45 [07/07/2024] - Peringatan Agong | Usah korban jati diri demi kuasa | Isu buli siber jadi tumpuan | Nasib berbeza dua 'gergasi' bola sepak
#AWANI745 malam ini bersama Syaff Shukri;
1. Agong ingatkan, jangan jadikan media sosial tempat buka aib
2. Jangan korban jati diri untuk kuasa dan populariti, pesan Sultan Kedah
3. Belum ada jaminan BN dan PH kerjasama hadapi PRU16
4. England gembira, Brazil berduka, nasib berbeza dua gergasi bola sepak
1. Agong ingatkan, jangan jadikan media sosial tempat buka aib
2. Jangan korban jati diri untuk kuasa dan populariti, pesan Sultan Kedah
3. Belum ada jaminan BN dan PH kerjasama hadapi PRU16
4. England gembira, Brazil berduka, nasib berbeza dua gergasi bola sepak
![1,400 veteran ATM disasar sertai Program Desa MADANI tahun ini 1,400 veteran ATM disasar sertai Program Desa MADANI tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720353771_AdlyZahari.jpg)
1,400 veteran ATM disasar sertai Program Desa MADANI tahun ini
Kementerian Pertahanan menyasarkan 1,400 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai Program Veteran Desa Madani (VDM) seluruh negara tahun ini.
![Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720350017_TBZahidHamidi.jpg)
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Pentas jual anugerahkan pakej media bernilai RM55,600
Jelajah JIWA SME 2024 melabuhkan tirai untuk siri pertama di Johor Bahru. Pemyampai Astro AWANI, Irfan Faruqi membawakan perinciannya.
Perpaduan kaum, agama asas penting mesti dipelihara - Agong
Sultan Ibrahim bertitah dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
![John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720357611_JohnCena.jpg)
John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE
John Cena, hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun hadapan.
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
![Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715933783_wargaemas.jpg)
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
![Mangsa banjir Perak meningkat kepada 80 orang Mangsa banjir Perak meningkat kepada 80 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702546425_BanjirKampungPasi.jpg)
Mangsa banjir Perak meningkat kepada 80 orang
Kawasan terjejas juga bertambah kepada enam, berbanding hanya tiga di sebelah petang semalam.
![Mangsa banjir di Perak kekal, 102 di empat PPS Mangsa banjir di Perak kekal, 102 di empat PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700276228_APMPerak.jpg)
Mangsa banjir di Perak kekal, 102 di empat PPS
Pada Sabtu, banjir di daerah Hilir Perak, Kerian dan Kinta mencatatkan jumlah kekal sama seperti tengah malam tadi.
![Mangsa banjir di Kedah meningkat, Perak kekal setakat pagi ini Mangsa banjir di Kedah meningkat, Perak kekal setakat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700104560_BanjirAlorSetar.jpg)
Mangsa banjir di Kedah meningkat, Perak kekal setakat pagi ini
Di Perak, tiada pertambahan mangsa banjir direkodkan dan empat PPS masih beroperasi dengan jumlah mangsa kekal 178 orang.
![Mangsa banjir di Perak menurun, 423 orang di lima PPS Mangsa banjir di Perak menurun, 423 orang di lima PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699755282_banjirPerak.jpg)
Mangsa banjir di Perak menurun, 423 orang di lima PPS
Jumlah mangsa pada lewat malam tadi ialah 457 orang daripada 136 keluarga dan berkurang kepada 423 pada jam 8 pagi tadi.
![Mangsa banjir di Perak meningkat pagi ini, Selangor semakin pulih Mangsa banjir di Perak meningkat pagi ini, Selangor semakin pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699582472_TBKesanBanjirjp.jpg)
Mangsa banjir di Perak meningkat pagi ini, Selangor semakin pulih
Di Selangor, jumlah mangsa banjir di PPS berkurang sedikit kepada 697 mangsa berbanding 702 malam tadi.
![Mangsa banjir di Perak, Selangor catat peningkatan pagi ini Mangsa banjir di Perak, Selangor catat peningkatan pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699412242_banjir.jpg)
Mangsa banjir di Perak, Selangor catat peningkatan pagi ini
Di Selangor, 768 orang daripada 196 keluarga berlindung di sembilan PPS, meningkat berbanding 722 orang daripada 184 keluarga malam tadi.
![Banjir Perak meningkat, 340 mangsa ditempatkan di empat PPS Banjir Perak meningkat, 340 mangsa ditempatkan di empat PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699405512_Banjir.jpg)
Banjir Perak meningkat, 340 mangsa ditempatkan di empat PPS
Penambahan berlaku di daerah Hilir Perak di mana 21 mangsa daripada enam keluarga berlindung di PPS Dewan MPTI, Langkap.
![Banjir Perak: Jumlah mangsa meningkat kepada 299 pagi ini Banjir Perak: Jumlah mangsa meningkat kepada 299 pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699320944_TBBanjirjpg.jpg)
Banjir Perak: Jumlah mangsa meningkat kepada 299 pagi ini
Jumlah itu meningkat berbanding 285 orang daripada 82 keluarga yang dilaporkan tengah malam tadi.
![Banjir: 353 mangsa masih berlindung di lima PPS di Perak Banjir: 353 mangsa masih berlindung di lima PPS di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699070820_MuhammadAmirulAmir.jpg)
Banjir: 353 mangsa masih berlindung di lima PPS di Perak
Di daerah Hilir Perak, 105 orang daripada 33 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak.