SEPANG: Kesungguhan yang ditunjukkan masyarakat dalam membantu mangsa bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini jelas menyerlahkan semangat Keluarga Malaysia yang luar biasa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Katanya beliau melihat penglibatan, kerjasama, serta sumbangan orang perseorangan, sukarelawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk pegawai-pegarai kerajaan yang amat baik, dan ia sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit kesan bencana itu.
"Ini satu semangat Keluarga Malaysia yang luar biasa. Semangat ini patut dikekalkan sebab ini satu kekuatan bagi negara kita kerana masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, agama, dalam kesusahan kita bantu satu sama lain.
"Itulah semangat sebenar Keluarga Malaysia, tiada protokol, prosedur, tiada banyak sangat kerenah birokrasi (untuk beri bantuan)," katanya selepas menyampaikan bantuan barangan dan tunai kepada sukarelawan Operasi Bantu Hingga Selesai (Ops BAHIS) di Bukit Changgang dekat sini hari ini.
Menurutnya bencana banjir secara relatifnya di Malaysia adalah berskala kecil kerana di negara lain memerlukan masa berbulan lamanya untuk menyelesaikan masalah itu.
Annuar berkata Ops BAHIS hari ini memberikan tumpuan kepada penghantaran barangan bernilai RM500 meliputi antaranya periuk, kipas dan tilam serta wang tunai RM500 kepada setiap isi rumah yang terjejas di kawasan yang dibantu sukarelawan dalam operasi tersebut sebelum ini, selain proses disinfeksi.
Beliau berkata konsep yang digunakan adalah sukarelawan akan menghantar bantuan berkenaan kepada penerima kerana memahami mangsa sudah penat mengemas rumah selain mengalami kesukaran untuk bergerak.
Ops BAHIS yang merupakan cetusan idea beliau sendiri, berkonsepkan Keluarga Angkat dengan menempatkan sekurang-kurangnya lima sukarelawan bagi berganding bahu bersama mangsa membersihkan rumah dan kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir.
Ia merangkumi kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam; Bukit Changgang di Kuala Langat dan Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, dengan menyasarkan 300 rumah sepanjang lima hari operasi berkenaan di ketiga-tiga lokasi itu yang bermula pada 29 Dis lepas.
Annuar turut tidak menolak kemungkinan Ops BAHIS diperluaskan ke kawasan lain, bergantung kepada permintaan kerana proses bantuan pasca banjir ketika ini sudah tiba ke penghujungnya, dan pihaknya masih mempunyai keupayaan untuk meneruskan operasi itu.
Turut menyertai Ops BAHIS di Bukit Changgang hari ini ialah Ketua Pengarah Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid; Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Khairdzir Md Yunus; Timbalan Ketua Pengarang (Perniagaan dan Kewangan) Roslan Ariffin; Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Antarabangsa) Jamaluddin Muhammad dan Pemangku Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Harlina Samson.
Selain itu Annuar berkata pihaknya juga telah menghantar bantuan logistik ke Kelantan sebagai persiapan awal berdepan bencana banjir, selain sentiasa memantau perkembangan semasa dan bersedia membantu sekiranya diperlukan.
Sementara itu, beliau menyeru masyarakat supaya tidak menyebarkan berita palsu berkaitan bencana banjir kerana perkara itu akan hanya melemahkan jentera yang ingin memberi bantuan kepada mangsa.
"Masalah begini (tular berita palsu) akan sentiasa berlaku, kita sabar sahaja tetapi kita sentiasa buat susulan, verification (pengesahan) setiap berita yang ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 01 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa ketika sidang media sempena Program Bantu Hingga Selesai (BAHIS) di Dataran Sadiman Bukit Changgang hari ini. - Foto BERNAMA
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.