KUALA KRAI: Tinggal tiga hari sahaja lagi, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal diadakan pada 2 Mac, yang pastinya akan memberi kerisauan dan kebimbangan terhadap pelajar dan ibu bapa yang berdepan dengan bencana banjir.
Pelajar Tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai, di sini, Mohd Nasrul Ashraf Mohd Nawi berkata tumpuannya dalam pembelajaran agak terganggu kerana tidak dapat menumpukan perhatian untuk mengulang kaji pelajaran kerana bimbang rumahnya dinaiki air sehingga menyukarkannya untuk mengambil peperiksaan nanti.
"Fokus saya sedikit terganggu ketika ini kerana memikirkan apa yang akan berlaku sekiranya hujan lebat dan tidak berhenti kerana kawasan sekitar rumah saya mudah dinaiki air.
"Malah, apabila saya lihat ramai rakan-rakan saya dan keluarganya diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), ia membuatkan saya bertambah kasihan dan simpati dengan nasib yang menimpa mereka," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Selain itu, Aiman Haikal Faizul Hakim, calon SPM dari SMK Sultan Yahya Petra 1, pula berkata sekiranya rumahnya dilanda banjir, beliau akan meminta bantuan dengan gurunya untuk menetap di asrama sekolah.
"Tiada cara lain lagi untuk saya lakukan selain meminta kebenaran dengan cikgu untuk tinggal di asrama kerana saya tidak mahu tercicir untuk menduduki peperiksaan SPM," katanya.
Sementara itu, seorang bapa kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM, Mohammad Yusri Mohd Amin berkata beliau risau tumpuan anaknya mungkin terjejas untuk menghadapi peperiksaan SPM kerana memikirkan bencana banjir yang akan berlaku.
"Hati bapa mana yang tidak risaukan anak-anaknya sebab peperiksaan yang akan dihadapi ini adalah bukan calang-calang peperiksaan kerana ia akan menentukan masa depan mereka.
"Saya juga telah bersiap sedia sekiranya hujan lebat berterusan, saya akan mencari alternatif lain membawa anak saya pergi ke sekolah kerana bimbang jika laluan ke sekolahnya tidak dapat dilalui," katanya.
SPM 2021 dijadualkan bermula pada 2 Mac dan berakhir 29 Mac melibatkan lebih 401,000 calon.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022
Penduduk terpaksa menggunakan khidmat bot penambang berikutan jalan utama terputus hubungan selepas air Sungai Kelantan melipah. - Foto BERNAMA
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
PM Mauritius pegang jawatan Menteri Kewangan
Perdana Menteri Mauritius, Navin Ramgoolam, yang mengangkat sumpah bulan ini selepas kemenangan besar pilihan raya, mengumumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Kewangan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Kim Jong Un tuduh AS provokasi, amaran perang nuklear
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menuduh Amerika Syarikat mencetuskan ketegangan dan provokasi di Semenanjung Korea.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
Ikon Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan melahirkan keterujaannya untuk kembali ke Malaysia selepas sekian lama.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pembedahan kardiotorasik komponen penting dalam penjagaan kardiovaskular - Dr Dzulkefly
Melatih lebih ramai pakar bedah ialah keutamaan untuk capai objektif bawa penjagaan pembedahan kardiotorasik lebih dekat dengan rakyat.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya
Semua mangsa di daerah Marang telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan banjir telah surut.
Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah
Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun
Kesemua mangsa di Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan air telah surut.
Hampir 20 buah kampung di Pasir Mas dijangka alami banjir Jumaat ini - JPS
Banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan berlaku di kawasan berkenaan.
Banjir Terengganu: Kemaman dan Marang masih terjejas, 2,545 mangsa kekal di PPS
Banjir yang melanda daerah Hulu Terengganu, Dungun, dan Setiu telah pulih sepenuhnya pada Rabu.
Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.