MELAKA TENGAH: Tiga lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Melaka selepas angka mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 554 orang pagi ini berbanding 321 mangsa, malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, sehingga kini, sebanyak tujuh PPS dibuka membabitkan tiga daerah di negeri itu, berbanding hanya empat PPS semalam.
Beliau berkata, tiga lagi PPS yang dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim di daerah Melaka Tengah serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shuh Yen di Jasin.
Beliau berkata, sehingga pagi Selasa, seramai 128 keluarga membabitkan 554 mangsa terjejas dipindahkan ke PPS dan angka itu dijangka bertambah kerana ada PPS yang masih dalam proses pengiraan.
Katanya, sehingga kini sebanyak 16 kawasan dilaporkan terjejas dan daerah paling terkesan adalah Melaka Tengah.
Antara kawasan terjejas adalah di Sungai Putat, Taman Bukit Beruang Utama, Taman Bukit Beruang Bestari, Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama, Taman Rambai Indah, Tanjung Minyak, Kampung Pengkalan Batu dan Rumah Awam Ayer Molek.
Manakala di Alor Gajah membabitkan Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Padang Keladi serta Taman Kasawari di kawasan Durian Tunggal.
Tambah beliau, di Jasin pula tiga kawasan dilaporkan terjejas iaitu di Tanjung Laboh, Lubok Kasau dan Taman Hang Tuah Perdana.
Shuhada Abdul Kadir
Tue May 18 2021
Sehingga pagi Selasa, seramai 128 keluarga membabitkan 554 mangsa terjejas dipindahkan ke PPS. - Foto BERNAMA
Op Global: 80 kertas siasatan telah dibuka susulan penahanan 359 pengikut GISB
Sebanyak 80 kertas siasatan telah dibuka susulan penahanan 359 pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd menerusi Op Global di seluruh negara.
Majlis Peluncuran Pelan Tindakan cegah dan tangani fahaman pelampau keganasan
Ikuti Majlis Peluncuran Pelan Tindakan Malaysia bagi mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan yang akan disempurnakan oleh Datuk Seri Anwar & Datuk Seri Saifudin Nasution di Putrajaya.
Aktiviti keganasan: Akta baharu mungkin perlu untuk keselamatan negara - PM Anwar
Beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pasukan pertahanan seperti PDRM dan ATM, serta agensi penguatkuasaan lain yang berkaitan, untuk menilai keperluan itu.
Jangan ghairah dengan kaedah 'beli dulu, bayar kemudian'
Dalam pada itu, masyarakat disaran untuk tidak ghairah membeli barang menerusi kaedah pembayaran alaf baru iaitu beli sekarang, bayar kemudian' atau 'buy now, pay later' (BNPL).
Menurut profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Prof. Dr. Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, pembelian perlu dilakukan tanpa berlandaskan nafsu dan perlu berpandukan konsep 'ukur baju di badan sendiri'.
Menurut profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Prof. Dr. Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, pembelian perlu dilakukan tanpa berlandaskan nafsu dan perlu berpandukan konsep 'ukur baju di badan sendiri'.
Jangan sampai bankrap kalau tidak mahu urusan disekat
Rakyat Malaysia disaran tidak terus terjerumus dalam belenggu hutang sehingga jatuh bankrap.
Menurut profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Prof. Dr. Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, ini kerana sekatan-sekatan tertentu yang dikenakan akan menyukarkan urusan di dalam negara.
Menurut profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Prof. Dr. Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, ini kerana sekatan-sekatan tertentu yang dikenakan akan menyukarkan urusan di dalam negara.
Jangka hayat bayi lahir pada 2024 dijangka hidup sehingga 75.2 tahun - DOSM
Bayi yang lahir pada 2024 secara purata dijangka hidup sehingga 75.2 tahun dengan bayi perempuan hidup 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Pengawal keselamatan didakwa bunuh rakan sekerja
Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor atas pertuduhan membunuh rakan sekerjanya pada 15 September lepas.
Peruntukan JPM dikurangkan dalam Belanjawan 2025 - Dr Zaliha
Peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri dijangka dikurangkan dalam Belanjawan 2025, selari usaha mengurangkan perbelanjaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa.
GISB: Tiada pelajar dan petugas IPT terlibat - KPT
KPT turut menunggu keputusan Majlis Raja-Raja berkaitan isu GISB sebelum mengambil langkah seterusnya dalam usaha mengelakkan pembabitan penuntut atau warga kerja dengan GISB.
Belanjawan 2025: Pelbagaikan sumber dana sektor kesihatan
Pakar Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan dari IMU University, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata kutipan cukai di Malaysia masih rendah, sekali gus menjadikan kadar peratusan dana diterima sektor kesihatan menerusi setiap belanjawan tahunan masih kecil.
Mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Mangsa banjir di Kedah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mencecah 765 orang daripada 253 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 451 orang daripada 160 keluarga pagi tadi.
Banjir Kedah: Jumlah mangsa di PPS meningkat kepada 463
Pertambahan itu berbanding 164 mangsa daripada 58 keluarga di dua PPS di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap, setakat jam 6 petang semalam.
Banjir Kedah: Ibu, anak pulang dari beli sarapan dikhuatiri lemas
Menurut bomba, Salmah dan anaknya dipercayai cuba berpaut pada pokok sebelum dihanyutkan air deras.
Satu PPS baharu dibuka, mangsa banjir di Kedah meningkat
Air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap dan Sungai Perik di Kampung Perik, melebihi paras bahaya.
Tiga lagi PPS ditutup, mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 609 orang
Tiga PPS yang ditutup adalah SMK Tunku Temenggung dan SK Ayer Puteh di daerah Pendang, serta SK Tualang di daerah Pokok Sena.
Lebih RM4 juta diperuntuk hadapi Monsun Timur Laut di Terengganu
Sebanyak RM4.2 juta diperuntuk bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) di Terengganu yang dijangka bermula bulan depan.
Jumlah mangsa di Kedah terus catat penurunan
Kesemua mangsa masih ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka di empat daerah.
Mahasiswa perlu maklum kepada universiti jika terjejas banjir - Zambry
Setakat ini hanya mahasiswa yang mengundi pada PRK Mahkota diberi kelonggaran untuk mendaftar lewat ke universiti awam masing-masing.
Banjir Kedah: 6,809 mangsa di 33 PPS pagi ini
Jumlah itu meningkat sedikit berbanding 6,792 mangsa daripada 2,171 keluarga yang dilaporkan pada jam 12 tengah malam tadi.
Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.