KOTA TINGGI: Tujuh sekeluarga terpaksa menggunakan besen bagi mengangkut anak kecil mereka selepas rumah yang didiami di Kampung Baru Sungai Mas, di sini dinaiki air, semalam.
Noorizam Punijan, 52, berkata dia dan ahli keluarga mula berjaga-jaga apabila hujan lebat sejak awal pagi, memandangkan rumah mereka terletak berdekatan Sungai Mas.
Dia bersama tiga anak, menantu perempuan dan dua cucu berusia dua tahun serta sembilan bulan, berpindah ke rumah adiknya yang terletak berdekatan dan di kawasan lebih tinggi pada 6 pagi selepas paras air mulai tinggi.
"Pada pukul 7 pagi, pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) datang dan beritahu kami perlu berpindah memandangkan air sudah berada di paras pinggang.
"Kami terpaksa letak anak kecil dalam besen kerana mereka takut dan cuma hendak dengan ibu mereka, sebelum beberapa anggota APM pegang sambil kami mengharung air," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Baru Sungai Mas, di sini hari ini.
Meskipun menjadi mangsa banjir, suri rumah itu turut mengambil alih tugas ketua kampung yang sedang menjalankan ibadah umrah, untuk membuka PPS itu sebagai penyelia.
"Kami ada mohon rumah transit untuk mangsa banjir, insya-Allah kalau ada rezeki dan kelulusan daripada kerajaan negeri, kami akan dapat," katanya.
Sementara itu, tukang kebun Muhammad Ehsan Mashood, 63, berkata pengalaman berhadapan banjir besar yang melanda daerah itu pada 2006, membuatkan dia dan keluarganya lebih bersedia.
"Pernah berlaku banjir besar sehingga kita nak keluar tak boleh. Bomba yang datang untuk menyelamat terpaksa ikat tali antara tiang-tiang lampu sebab air terlampau laju, kalau kita tak pegang tali memang hanyut," katanya.
Menurutnya pada kejadian banjir semalam, dia sempat mengemas barangan penting sebelum bersama isteri, anak-anak dan cucu berpindah ke PPS.
Tinjauan Bernama di kampung berkenaan mendapati air semakin surut dan penduduk sudah mula kembali ke kediaman masing-masing untuk membersihkan kawasan rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022
Noorizam (tiga dari kiri) berkata dia dan ahli keluarga mula berjaga-jaga apabila hujan lebat sejak awal pagi, memandangkan rumah mereka terletak berdekatan Sungai Mas.- Gambar/ BERNAMA
Pemberi maklumat yang mahu perlindungan perlu buat laporan dulu - Azalina
Mana-mana individu yang ingin mendapatkan pelindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
AWANI Ringkas: Perkembangan kes bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemergian Tun Daim: Saya ikut perkembangan sumbangan Allahyarham - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengikut rapat sumbangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin kepada negara yang disifatkan sebagai besar.
Menteri Kabinet zahir ucapan takziah atas pemergian Tun Daim
Beberapa menteri Kabinet hari ini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pagi ini.
'Allahyarham Tun Daim seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.
Pekerja kilang didakwa bunuh Siti Zulaila, bapa
Seorang pekerja kilang didakwa atas dua pertuduhan membunuh dua beranak dalam kejadian di hadapan lif pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam, Khamis minggu lepas.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Tan Sri Wan Zaki, pengasas Ahmad Zaki Resources meninggal dunia
Pengasas Ahmad Zaki Sdn Bhd (AZSB) dan Penasihat Kumpulan kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) Tan Sri Wan Zaki Wan Muda, 75, meninggal dunia semalam.
Mengenang Tun Daim: Tun Daim Zainuddin di mata Prof Ulung Datuk Rajah Rasiah
Pakar Ekonomi Universiti Malaya, Prof Ulung Datuk Rajah Rasiah berkongsi cerita serta pengalamannya mengenali Tun Daim Zainuddin.
Mengenang Tun Daim: Tan Sri Syed Hamid Albar berkongsi pengalaman bersama Tun Daim Zainuddin
Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar berkongsi pengalamannya bersama Tun Daim Zainuddin serta mengenang ketokohan bekas Menteri Kewangan itu.
Banjir di Raub, Lipis pulih sepenuhnya
Banjir di daerah Raub dan Lipis pulih sepenuhnya selepas lapan PPS yang menempatkan 441 mangsa daripada 127 keluarga ditutup hari ini.
Lebih 4,000 pesawah MADA terkesan banjir terima bantuan ihsan PM
Seramai 4,233 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di negeri ini yang terjejas akibat banjir pada September lepas menerima sumbangan ihsan Perdana Menteri berjumlah RM4.23 juta.
Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol
Berkemungkinan terdapat lebih banyak kes orang hilang yang butirannya belum didaftarkan.
Banjir Sepanyol: PM Anwar sampaikan rasa simpati
Anwar Ibrahim menyampaikan rasa simpati beliau kepada orang ramai di Sepanyol, yang terkesan akibat banjir besar di negara itu.
Warga emas bina reban rakit elak ternakan dihanyutkan banjir
Seorang warga emas mengambil inisiatif membina reban rakit bagi menyelamatkan ayam ternakannya mati dan mengelak mengalami kerugian besar akibat banjir menjelang Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.
Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir di Valencia, Sepanyol - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dinasihati agar terus berwaspada dan mematuhi arahan serta nasihat pihak berkuasa tempatan.
Banjir: Keluarga diraja Sepanyol tunda lawatan susulan ketegangan di Valencia
Keputusan dibuat melalui persetujuan bersama antara pihak berkuasa negara Sepanyol, kerajaan autonomi Valencia, dan Istana Diraja.
Hampir 200,000 penduduk Jepun diarah pindah akibat hujan lebat
Taufan Kong-rey berubah menjadi tekanan udara rendah sehingga membawa hujan sebanyak 100 milimeter dalam masa satu jam.
211 terkorban, kawasan terputus hubungan akibat banjir terburuk Sepanyol
Ribut kuat mencetuskan banjir dahsyat pada Selasa, dengan Wilayah Valencia paling teruk terjejas.
Angka kematian akibat banjir terburuk di Sepanyol meningkat kepada 207 orang
Angka korban dijangka meningkat dalam beberapa jam akan datang ketika pasukan penyelamat terus melakukan pencarian di kawasan yang paling terjejas.