PUTRAJAYA: Peruntukan Bantuan Wang Ihsan (BWI) telah disalurkan kepada negeri-negeri terjejas banjir dan ia akan disampaikan kepada penerima melalui tiga kaedah, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata ia terdiri daripada kaedah serahan tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB); serahan tunai rumah ke rumah; dan pemindahan tunai secara dalam talian (EFT).
"Kaedah ini dilaksanakan untuk memudahkan urusan penyaluran BWI kepada mangsa dengan lebih efektif dan pantas, dengan hanya pengesahan oleh Ketua Komuniti yang dipertanggungjawabkan, tanpa perlu mengisi sebarang borang permohonan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya ia adalah antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Task Force Pengurusan Pasca Banjir dan Kesiapsiagaan Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir yang dipengerusikannya di Perdana Putra di sini hari ini.
Mesyuarat turut dihadiri antaranya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datuk Dr Aminuddin Hassim.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Mohd Zuki berkata BWI sebanyak RM1,000 untuk Ketua Isi Rumah (KIR) KIR dan RM10,000 untuk waris mangsa bencana yang meninggal dunia telah disalurkan kepada pihak negeri, dan ia diselaraskan di peringkat PKOB dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.
Menurutnya kerajaan telah memperuntukkan RM34 juta untuk disalurkan kepada 34,000 KIR di negeri-negeri yang terjejas banjir dan mula dibayar pada hari ini.
"Jumlah anggaran ini adalah berdasarkan maklumat KIR yang berdaftar di pusat penempatan sementara (PPS). Usaha mengenal pasti mangsa yang tidak berdaftar sedang giat dilaksanakan oleh PKOB dan ICU untuk memastikan bantuan dapat disalurkan segera," katanya.
Mohd Zuki berkata mesyuarat hari ini memutuskan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengatur gerak sinergi aset-aset kerajaan dan keperluan aset daripada pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), individu bagi pengurusan pembersihan pasca banjir.
"Usaha itu akan dibantu secara langsung oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) khususnya menerusi penyediaan stesen pemindahan sisa pepejal sementara yang dikenal pasti di kawasan terdekat dengan kawasan terjejas banjir secara transit," katanya.
ZUKI-BWI 3 (AKHIR) PUTRAJAYA
Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula akan membantu memastikan kelancaran laluan jentera pembersihan untuk mempercepatkan penghantaran sisa pepejal pembersihan ke stesen yang ditetapkan.
Mohd Zuki berkata mesyuarat juga memutuskan supaya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyelaras pembahagian kawasan angkat terjejas banjir kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
"JPA juga menyelaras usaha mobilisasi anggota perkhidmatan awam bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan kemanusiaan," katanya.
Beliau berkata mesyuarat memutuskan pembaikan segera infrastruktur asas seperti jalan perhubungan, tebatan banjir, pembentungan, saliran dan utiliti diselaraskan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dan KASA melalui kaedah perolehan yang dipermudahkan bersama-sama Kementerian Kewangan (MOF), demi kepentingan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021
Menurut Mohd Zuki, perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Task Force Pengurusan Pasca Banjir dan Kesiapsiagaan Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir yang dipengerusikannya di Perdana Putra hari ini. - Foto Pejabat KSN
Asap kelihatan di langit Beirut
Asap kelihatan di langit ibu kota Beirut di Lubnan ketika subuh pada Sabtu, selepas semalaman letupan didengari dan dilihat dari kawasan tersebut.
Penduduk Yaman berkumpul, protes kecam kekejaman Israel
Protes dan tunjuk perasaan berlaku di banyak tempat di Yaman, menyatakan mereka membantah keras tindakan agresif Israel kepada beberapa negara di Timur Tengah.
Siasatan kes GISB komprehensif, libatkan pelbagai peruntukan undang-undang
Siasatan polis terhadap kes GISB dijalankan secara komprehensif dari pelbagai sudut peruntukan undang-undang.
JPJ buat pembetulan serta-merta terhadap gelinciran aplikasi MyJPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuat pembetulan dan penambahbaikan serta merta terhadap kegelinciran aplikasi MyJPJ yang sebelum ini mengeluarkan paparan 'bukan warganegara Malaysia adalah t
KKR komited lengkapkan Projek Lebuhraya Pan Borneo, kos RM13.989 bilion
Kementerian Kerja Raya komited untuk lengkapkan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) untuk meningkatkan jaringan infrastruktur jalan raya Persekutuan di Sabah.
Seorang anggota polis terlibat kes tembakan di Song
Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bahawa seorang anggota polis terlibat dalam kes tembak mati seorang anggota tentera di Song, Sarawak pada 23 September lepas.
AWANI Pagi: Pendaya upayaan pembangunan sosio ekonomi
Ikuti temubual bersama YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Taman Sri Muda diserbu, 602 pendatang asing ditahan
Sebanyak 602 pendatang tanpa izin ditahan hasil pemeriksaan terhadap 1,091 warga asing dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pusat Perniagaan Taman Sri Muda, Seksyen 25
KDN sahkan seorang anggota polis ditahan kes tembakan di Song
Saifuddin Nasution dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengenai penglibatan anggota polis dalam insiden tersebut semasa lawatannya ke Sarawak.
AWANI Ringkas: Kerajan beri tumpuan tatakelola basmi kemiskinan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.