KOTA BHARU: Banjir yang melanda Kelantan sejak seminggu yang lalu menyebabkan kekurangan bekalan barangan basah setempat yang seterusnya menyebabkan kepada peningkatan harga.
Peniaga barangan basah di Gua Musang Fadhli Hamdi Abdullah, 50, berkata beliau antara yang terkesan dan terpaksa mencari alternatif dengan mendapatkan bekalan di luar Kelantan, termasuk dari Kuala Lumpur.
"Sejak seminggu yang lalu, kami menghadapi kesukaran untuk mendapat bekalan bagi jualan kerana pembekal adalah dari kawasan Kota Bharu.
Jadi kami terpaksa mendapatkan bekalan dari Kuala Lumpur dengan kuantiti lebih sedikit dari pembekal asal, malah harga bagi semua bahan juga meningkat naik terutamanya untuk ikan dan sayur," katanya kepada Bernama, hari ini.
Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan Asharun Uji berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada peniaga mengenai masalah itu.
"Bukan sahaja aduan dari segi harga dan bekalan, peniaga juga mengeluh kerana ketiadaan pelanggan," katanya.
Asharun berharap kerajaan dapat menyediakan geran mudah mahupun bantuan sekali beri kepada golongan peniaga dan penjaja bagi membantu golongan itu selepas banjir pulih kelak.
Berlainan pula bagi bekalan makanan kering, bagi peniaga kedai runcit di Gua Musang Mohd Faisal Mohd Nordin, 39, bekalan makanan kering di premisnya tidak terjejas dan masih dijual pada harga standard seperti biasa.
Di Terengganu, keadaan serupa turut dilaporkan dengan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Saharuddin Mohd Kia memberi jaminan bekalan makanan termasuk telur masih mencukupi walaupun berlaku banjir luar jangka.
Saharuddin berkata masalah bekalan makanan terputus tidak timbul walaupun terdapat beberapa laluan utama termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) tidak dapat dilalui disebabkan tanah runtuh akibat banjir beberapa hari lepas.
Beliau berkata ia memandangkan KPDN telah memberi kebenaran kepada 160 Peruncit Terpilih Daerah (DDR) dan 74 Pemborong Terpilih Daerah (DDW) untuk menyimpan stok bekalan lebih 30 peratus daripada jumlah yang dibenarkan lesen.
"Memang terdapat pengurangan bekalan telur sebanyak 60 peratus disebabkan LPT2 yang menghubungkan Kuala Terengganu dengan Kuala Lumpur tidak dapat dilalui kerana tanah runtuh. Tetapi ...ia tidak menjejaskan bekalan kerana semua pemborong dibenarkan simpan lebih stok barang untuk persediaan banjir," katanya kepada pemberita.
Sementara itu Saharuddin berkata masalah kekurangan petrol atau diesel juga tidak timbul walaupun terdapat lima stesen minyak yang terpaksa ditutup akibat banjir di negeri ini.
Stesen itu termasuk dua di Hulu Terengganu, dua di Besut dan satu di Setiu selepas kawasan mereka dilanda banjir gelombang kedua yang buruk sejak Sabtu lepas.
"Sebab itu kita wujudkan perkhidmatan pengisian minyak bergerak yang dikenali sebagai ROVR untuk memberi perkhidmatan di lokasi yang ditimpa bencana seperti banjir kali ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022
Peniaga barangan basah di Gua Musang Fadhli Hamdi Abdullah, 50, berkata beliau antara yang terkesan dan terpaksa mencari alternatif dengan mendapatkan bekalan di luar Kelantan, termasuk dari Kuala Lumpur. - Astro AWANI
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
AWANI Ringkas: Wanita dikhuatiri lemas, motosikal ditemukan di tebing sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 8th Nov 2024
#AWANITonight 8 Nov 2024 with Saraya Mia
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
Bedah siasat mayat dua beranak mangsa tikam selesai, dikebumi malam ini
Jenazah dua beranak yang maut akibat ditikam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Air Itam, semalam, dituntut ahli keluarga mereka malam ini untuk dikebumikan.
AWANI Tonight: Artwork from AI robot 'Ai-Da' sells for $1.3mln at Sotheby's
A painting by a humanoid robot artist called 'Ai-Da' has made history by selling for $1.32 million USD at Sotheby's, the first time a humanoid robot has had its work sold by a major auction house.
AWANI Tonight: How will digital tech enhance food security?
Anujar Kar at the World Bank highlights the strategies and investments to enhance productivity and resilience in Malaysia’s agrofood sector, in the face of geopolitical tensions and climate change.
AWANI 7:45 [7/11/2024] – Pertukaran trup MALBATT diteruskan | Apa seterusnya kes FashionValet? | Waspada hujan lebat, banjir | Ina Naim selamat diijabkabulkan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tidak gentar Zionis, Angkatan Tentera Malaysia teruskan pertukaran trup Malbatt
📌 Pembantaian di Gaza terus jadi tumpuan persidangan dunia, tapi apa tindakan?
- Lebih lima jam Vivy dan suami disiasat SPRM hari ini, apa pula menanti?
- Kemuncak Monsun Timur Laut hujung bulan ini, taburan hujan lebih tinggi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tidak gentar Zionis, Angkatan Tentera Malaysia teruskan pertukaran trup Malbatt
📌 Pembantaian di Gaza terus jadi tumpuan persidangan dunia, tapi apa tindakan?
- Lebih lima jam Vivy dan suami disiasat SPRM hari ini, apa pula menanti?
- Kemuncak Monsun Timur Laut hujung bulan ini, taburan hujan lebih tinggi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Upah RM5,000 hantar dadah hampir RM2 juta dari Semenanjung ke Miri
Dua suspek itu ditangkap dalam operasi oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
Projek Jambatan Batang Rajang, Jalan Pasi-Sibu/Tanjung Manis dijangka siap Mac 2025
Projek Jambatan Batang Rajang, dan Jalan Pasi-Sibu/Tanjung Manis sepanjang 17 kilometer (km) dijangka siap menjelang Mac 2025.
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol
Berkemungkinan terdapat lebih banyak kes orang hilang yang butirannya belum didaftarkan.
Banjir Sepanyol: PM Anwar sampaikan rasa simpati
Anwar Ibrahim menyampaikan rasa simpati beliau kepada orang ramai di Sepanyol, yang terkesan akibat banjir besar di negara itu.
Warga emas bina reban rakit elak ternakan dihanyutkan banjir
Seorang warga emas mengambil inisiatif membina reban rakit bagi menyelamatkan ayam ternakannya mati dan mengelak mengalami kerugian besar akibat banjir menjelang Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.
Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir di Valencia, Sepanyol - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dinasihati agar terus berwaspada dan mematuhi arahan serta nasihat pihak berkuasa tempatan.
Banjir: Keluarga diraja Sepanyol tunda lawatan susulan ketegangan di Valencia
Keputusan dibuat melalui persetujuan bersama antara pihak berkuasa negara Sepanyol, kerajaan autonomi Valencia, dan Istana Diraja.
Hampir 200,000 penduduk Jepun diarah pindah akibat hujan lebat
Taufan Kong-rey berubah menjadi tekanan udara rendah sehingga membawa hujan sebanyak 100 milimeter dalam masa satu jam.
211 terkorban, kawasan terputus hubungan akibat banjir terburuk Sepanyol
Ribut kuat mencetuskan banjir dahsyat pada Selasa, dengan Wilayah Valencia paling teruk terjejas.
Angka kematian akibat banjir terburuk di Sepanyol meningkat kepada 207 orang
Angka korban dijangka meningkat dalam beberapa jam akan datang ketika pasukan penyelamat terus melakukan pencarian di kawasan yang paling terjejas.
Monsun Timur Laut dijangka bermula Selasa ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Monsun Timur Laut akan bermula pada 5 November ini dan berterusan sehingga Mac 2025.
Angka korban akibat banjir di Valencia meningkat kepada 95 orang
Jumlah korban akibat banjir di Valencia meningkat kepada 95 orang selepas hujan lebat melanda bahagian timur wilayah itu.