Kementerian Pertahanan bersedia menambah anggota tentera dalam misi banjir di Kelantan dan Terengganu sekiranya keadaan bencana itu semakin buruk.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Mohd Johari Baharom berkata sehingga kini 2,500 anggota dari Briged 8 berada di lapangan termasuk di pusat pemindahan banjir di kedua-dua negeri berkenaan.
"Sekarang kita dah ada lebih 2,000 anggota yang lengkap dengan aset menyelamat dan jika ada keperluan atau keadaan menjadi buruk kita akan tambah lagi. Perkara itu tidak menjadi masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Kedah Drift Challenge" di Tapak Pasar Malam Taman Sri Aman, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Isma Suhaimi Shariff.
Mohd Johari turut mengingatkan orang ramai yang terjejas banjir supaya memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turun membantu memindahkan mereka ke pusat pemindahan selain tidak menunggu di saat-saat akhir untuk berbuat demikian.
"Kesukaran anggota kita ialah sikap orang ramai yang tidak mengendahkan arahan apabila diminta berpindah kerana mereka suka tunggu saat-saat akhir. Kita tidak mahu membahayakan anggota kita sebab arahan itu dibuat pihak berwajib dan mesti dipatuhi...saya nak semua pihak memberi kerjasama dalam hal ini," katanya.
Sementara itu, Mohd Johari yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu berkata tapak pasar itu akan dijadikan lokasi kekal bagi acara sukan drift di daerah ini.
Katanya, beliau akan memohon peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk menaik taraf tapak pasar malam berkenaan supaya lebih selamat serta sesuai untuk diadakan sukan lasak itu pada masa akan datang.
"Saya juga nak jadikan program ini sebagai acara tahunan di Kubang Pasu. Saya sudah berbincang dengan pegawai daerah untuk kita lihat semula pelan tapak ini agar lebih selamat kepada pemandu dan penonton yang menyaksikannya.
"Tujuan kita adalah untuk memperkenalkan lagi sukan drift selain melahirkan lebih ramai anak muda membabitkan diri dalam sukan berkenaan dan tidak terlibat dengan kegiatan lumba haram atau gejala sosial," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2017

JOHARI berkata Kementerian Pertahanan bersedia menambah anggota tentera dalam misi banjir di Kelantan dan Terengganu sekiranya keadaan bencana itu semakin buruk. - Gambar Bernama
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.

Banjir: Anggota tentera sedia ditambah di Kelantan, Terengganu
Kementerian Pertahanan bersedia menambah anggota tentera dalam misi banjir di Kelantan dan Terengganu sekiranya keadaan bencana itu semakin buruk.

Gaji rendah, disiplin ketat ATM haya persepsi
Namun Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata alasan-alasan tersebut hanya persepsi semata-mata.