Bimbang dengan peraturan ketat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tanggapan tiada peluang kenaikan pangkat antara punca bangsa lain kurang menyertai bidang ketenteraan.
Perkara itu didedahkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut menyifatkan ia hanyalah persepsi semata-mata.
Jelas Zahid, anggapan peluang kenaikan pangkat hanya dikhaskan kepada kaum-kaum tertentu tidak berasas.
Sebaliknya ia dilakukan berdasarkan prestasi semasa berkhidmat tanpa mengira kaum. Tambah Zahid banyak perubahan dilakukan berhubung gaji anggota tentera termasuk meningkatkan kelayakan akademik mereka.
Sehingga kini terdapat 38 pegawai ATM berkelulusan Ijazah Doktor Kehormat.
Sehubungan itu, kementeriannya akan menjalankan promosi besar-besaran bagi menarik lebih penyertaan kaum lain termasuk orang asli dan India Muslim menjadi anggota tentera.
Astro Awani
Thu Dec 13 2012


iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Banjir: Anggota tentera sedia ditambah di Kelantan, Terengganu
Kementerian Pertahanan bersedia menambah anggota tentera dalam misi banjir di Kelantan dan Terengganu sekiranya keadaan bencana itu semakin buruk.

Gaji rendah, disiplin ketat ATM haya persepsi
Namun Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata alasan-alasan tersebut hanya persepsi semata-mata.