Jabatan Pendidikan Sarawak melaporkan 55 sekolah ditutup dan tidak beroperasi hari ini selepas keadaan banjir semakin buruk di negeri ini.
"Berikutan penutupan 55 sekolah tersebut 6,637 pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran," kata jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
Banjir itu turut menyebabkan 16 klinik kesihatan terjejas, daripada jumlah tersebut lima klinik tidak dapat beroperasi.
"Lima klinik tersebut ialah Klinik Kesihatan Nanga Taroh, Mukah; Klinik Kesihatan Sungai Arip, Sibu; Klinik Kesihatan Ulu Teru, Miri; Klinik Kesihatan Nanga Tau dan Klinik Kesihatan Sangan di Bintulu," katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut JPBNS jumlah penduduk terjejas banjir di negeri ini juga terus meningkat kepada 5,562 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini berbanding 4,859 orang malam tadi.
Kesemua mangsa yang terdiri daripada 1,682 keluarga itu ditempatkan di 32 PPS di Samarahan, Serian, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Limbang.
Mangsa banjir paling ramai dicatatkan di Samarahan iaitu 1,483, Bintulu (1,321), diikuti Serian (1,227), Sibu (978), Limbang (453), Mukah (92) dan Sarikei (lapan), menurut kenyataan itu. -- Bernama
Bernama
Thu Feb 08 2018
![Banjir: 55 sekolah ditutup di Sarawak Banjir: 55 sekolah ditutup di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/81518053815_BanjirPekanStapang.jpg)
Sebuah rumah di tepi Batang Oya di pekan Stapang ditenggelami banjir selepas paras sungai itu meningkat sejak kelmarin. - BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Banjir Sarawak: 1,361 mangsa masih ditempatkan di 12 PPS Banjir Sarawak: 1,361 mangsa masih ditempatkan di 12 PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709481576_PPSKuchingKampun.jpg)
Banjir Sarawak: 1,361 mangsa masih ditempatkan di 12 PPS
Sejumlah 12 PPS yang aktif berkenaan terletak di beberapa kawasan di Kuching, Bau, Serian dan Siburan.
![Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat kepada 278 orang Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat kepada 278 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81677631562_PPSbanjir.jpg)
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat kepada 278 orang
PPS Surau Nur Hidayah Kampung Batu Kitang Jaya di Kuching menempatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 124 orang daripada 26 keluarga.
![Banjir Sarawak: Jumlah mangsa kekal 1,482, amaran hujan berterusan di wilayah utara Banjir Sarawak: Jumlah mangsa kekal 1,482, amaran hujan berterusan di wilayah utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671932381_TBABGJOHARI.jpg)
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa kekal 1,482, amaran hujan berterusan di wilayah utara
Setakat jam 7 pagi, tiga PPS ditutup, menyaksikan 75 mangsa dibenarkan pulang.
![Mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 1,207 orang Mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 1,207 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671863058_mangsabanjirsaraw.jpg)
Mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 1,207 orang
Dua pusat pemindahan sementara juga telah ditutup pada pukul 12 tengah hari Sabtu.
![Marudi dilanda banjir, 530 mangsa dipindah Marudi dilanda banjir, 530 mangsa dipindah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668565641_BanjirMarudi.jpg)
Marudi dilanda banjir, 530 mangsa dipindah
Kesemua penduduk ketika ini selamat serta berada di kawasan tinggi namun lokasi banjir dilaporkan air masih belum surut.
![Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665627660_BanjirSarawak.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal
Setakat pagi ini, dua PPS masih dibuka melibatkan daerah Subis di bahagian Miri.
![Helikopter bomba hantar bantuan makanan untuk mangsa banjir terputus hubungan Helikopter bomba hantar bantuan makanan untuk mangsa banjir terputus hubungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665593625_helikopter.jpg)
Helikopter bomba hantar bantuan makanan untuk mangsa banjir terputus hubungan
Bantuan tersebut diagihkan kepada mangsa yang tidak dapat berpindah di sekitar hulu Sungai Mujong.
![Bayi antara dipindahkan dalam banjir kilat di Marudi Bayi antara dipindahkan dalam banjir kilat di Marudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643474341_BanjirKotaMarudu.jpg)
Bayi antara dipindahkan dalam banjir kilat di Marudi
Keadaan banjir di Marudi yang bermula sejak 27 Jan lalu semakin memburuk akibat hujan berterusan di bahagian hulu.
![1,500 anggota Polis Sarawak sedia digerakkan hadapi banjir - Aidi Ismail 1,500 anggota Polis Sarawak sedia digerakkan hadapi banjir - Aidi Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639740785_TBPRNUNDIAWAL.jpg)
1,500 anggota Polis Sarawak sedia digerakkan hadapi banjir - Aidi Ismail
Sejumlah 1,500 anggota PDRM di Sarawak sudah bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu orang ramai dalam menghadapi bencana banjir.
![Banjir Sarawak: Jumlah mangsa banjir menurun setakat tengah hari Sabtu Banjir Sarawak: Jumlah mangsa banjir menurun setakat tengah hari Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41613800320_banjirsarawak.jpg)
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa banjir menurun setakat tengah hari Sabtu
Jumlah mangsa banjir di negeri Sarawak mencatatkan penurunan kepada 776 mangsa daripada 199 mangsa berbanding 858 daripada 258 keluarga yang dicatatkan pada jam 8.00 pagi Sabtu.